M U L A .


WARNING

Post ini agak panjang . Sebab ini mungkin post terakhir tentang sekolah kita .
  Jadi langkah berjaga - jaga perlu diambil  : 

# Tarik nafas dalam - dalam
# duduk dalam posisi yang selesa 
# sedia kan tisu . Mungkin .
# Baca dengan penuh kesabaran . Mungkin ada hikmah nya .
Maaf dipinta jika penulisan ini tidak menepati cita rasa anda .
Enjoy :)



Tinggal satu bandar lagi perlu ditakluk . Bandar terakhir . Setelah sepuluh bandar berjaya ditakluk .
  29 Muharram 1435 hijrah , Hari itu merupakan hari bersejarah bagi kami Tentera - Tentera Janissari XII . Setelah beberapa hari direhatkan untuk membuat persediaan dari segi fizikal seperti membuat latihan menembak , latihan kecergasan badan dan meningkatkan stamina , dan persediaan mental seperti merapatkan hubungan dengan Yang Maha Esa  dan mengatur strategi  untuk menakluk bandar terakhir  , kini  detik nya telah tiba .

Hati gementar . Perasaan bercampur . Walau apa jua keadaan , perlu terus maju .
Kaki melangkah ke medan perang yang terakhir . Hati ini tidak putus berdoa .


Siren kecemasan dibunyikan . Membawa maksud semua Tentera Janissari XII perlu berundur dari bandar . Tidak kira walau apa keadaan nya . Berat hati ini unutk meninggalkan nya . Peperangan terakhir tahun ini telah berakhir . Setibanya di garisan sempadan bandar . Jelas kelihatan riak wajah gembira di muka semua tentera yang lain . Mungkin dek kerana pesta yang akan diadakan beberapa jam lagi .

Tapi ,
 sebelum berangkat nya ke pesta . HQ tentera lelaki digempur oleh Liutenant General Madam Zawiyah  . Menyatakan perasaan tidak puas hati terhadapt HQ tentera lelaki  yang tidak kemas . Dan menyuruh kami membersihkan nya . Penat .  Sabar . Mungkin ada hikmah . 
Membuatkan sebahagian tentera  berasa " down " . Tetapi pesta pada malam itu tetap berjalan dengan  meriah .









Perasaan diri ini ?  Tidak terungkap  . Gembira dan sedih . Gembira kerana telah berjaya menakluk semua sebelas bandar walaupun tidak tahu apakah bandar yang ditakluk akan menjadi bandar yang agung atau bandar yang  kecundang . Kita telah berusaha . Kita  serah kan hal ini kepada Yang Maha Esa . Sedih apabila mengetahui suntuk nya waktu yang tinggal  untuk bersama mereka . Sahabat .


Di sini lah aku dibentuk dengan tarbiyah yang super cool yang dapat  menggetarkan jiwa yang kosong ini . Terima kasih . Aku belajar memantapkan iman  , mendisplinkan  diri , memberi dan menerima nasihat .
Semua nya dengan ada nya sahabat  di sisi  .

 Rindu .
Rindu kawan . Rindu suasana . Rindu nak solat dengan imam - imam besar . Rindu masakan DM yang sangat stylo . Rindu nak buat halaqah besar - besar , then gelak ramai - ramai . Rindu nak orang betul kan kesalahan  diri ini , yang hakikat nya orang lain je boleh nilai .  Rindu ukhwah .


Aku tahu .
Aku bukanlah sesiapa bagi mereka . Dan tidaklah gila - gila seperti mereka . Tapi aku terhibur dengan kegilaan mereka . Kesungguhan , kekentalan hati , ketinggian akhlak  , kegembiraan . Aku banyak belajar benda - benda ni dan yang lain  daripada mereka .


Benda - benda ni .
Tak kira apa yang kita  dapat ketika kita  masih memegang gelaran budak sekolah , jangan dilupakan . Setiap benda yang kita pelajari , pasti akan diuji oleh Allah . Istiqamah dengan apa yang kita buat dulu . Kekal kan ilmu yang kita dah dapat . Kita belajar bukan kerana periksa . Kerana Allah .  Para sahabat dulu sanggup bermusafir semata - mata nak cari sepotong hadis . Kita ? semua depan mata . Fikirlah . Niat semua kerana Allah . Kalau kita kejar akhirat , In Shaa Allah dunia datang kepada kita .



" Ingatlah , kita bakal menempuh alam yang penuh dengan plankton "
credit to : King & Amirul Mukminin  Sambest .


Kenapa plankton ?
 Plankton benda yang kecil yang kita mungkin tak rasa kehadiran nya . Tapi planton membawa banyak impak yang besar dalam kehidupan .

Plankton ada di mana - mana . Dekat luar , ujian datang macam ribut taufan .
Ada satu cerita yang aku nak kongsi .  King dan Amirul Mukminin  Sambest  yang bagitahu .

Teacher Ikma .
Umum diketahui Teacher Ikma belajar dan  graduate dekat luar negara .
Time hari graduate , dalam ramai - ramai orang Islam yang ada yang nak graduate , Teacher Ikma orang pertama . Apabila nama Teacher  dipanggil , Teacher naik tangga , Teacher terfikir , nak salam ke tidak Mayor dekat atas tu . Kalau tak salam nanti orang cakap sombong , tapi , kalau salam , haram . Teacher confuse . Tapi Teacher ambil keputusan unutk tidak salam . Lega . Ingat dah tak ada pape dah , Teacher turun . Bila turun sangkaan Teacher silap . Ujian tak berakhir lagi . Dekat bawah , ada beberapa orang yang hulur tangan . Tapi disebabkan tindakan Teacher yang tak salam Mayor tadi , lelaki - lelaki tadi tarik tangan mereka balik . Teacher lega .

Waktu tu Teacher terfikir , kalau Teacher salam Mayor tadi , mesti Teacher kena salam dengan ramai lagi lelaki . See ?



Teacher cakap . Memang ramai yang boleh cakap akan buat ikut syariat . Tapi , apabila sampai hari yang diuji , dekat situ tunjuk sama ada kita benar - benar mengamalkan apa yang kita  pelajari .


Bila dilhat kembali gambar - gambar kita Dinner . Sedih rasa nya . Disajikan lagu " Semua tentang kita " sebagai halwa telinga yang boleh memecahkan empangan di mata dengan arus air mata yang sangat deras . Sedih . Menyesal kerana tidak menggunakan waktu yang tinggal untuk bergembira dengan mereka .
Berharap akan muncul satu masa kita dapat berkumpul dengan keadaan yang gembira .



Dan apabila langkah terakhir kita keluar ke sekola , maka ber - M U L A kehidupan yang sebenar . Kehidupan tanpa ada yang mengawasi . Hanya diri yang boleh menjga iman . Saat ini lah kita tahu betapa berkesan nya , betapa melekat nya hasil tarbiyah di bumi Bestari di hati kita .


Sudah tiba masa nya untuk kita mulakan satu hidup yang baru dengan mengambil pengajaran daripada cara kehidupan yang lama agar kita tidak mengulangi perkara yang sama . Salah dan silap harap dimaafkan .




King pernah cakap  :
" kalau nak kan pertemuan , jangan takutkan perpisahan "































































T A K D I R


بسم الله الرحمن الرحيم  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


10 bulan , sekejap sangat masa berlalu .

 Dulu ,
 Lepas azan subuh , nak tunggu solat , selalu jumpa dia . Tengok muka dia , suci . Kadang - kadang  dia senyum dekat  ana , bergetar hati ini . Gembira .
Cemburu sebab dorang selalu bangun lagi awal daripada ana .
Kalau hujung minggu , lepas subuh , pergi katil dia . Gurau - gurau  dengan dia , bergelak ketawa , senyuman dia , menenangkan hati . Walaupun ana sempat buat sekali je dekat dorang . Ana gembira .
 Tersenyum . Gembira .



Kadang - kadang , ikut sekali bulatan gembira dorang . Walaupuna ana tau kadang - kadang ketua dorang tak suka .
Malam -malam  sebelum dia tidur , Ana  borak - borak  dengan dorang . Kacau dorang . Study dengan dorang . Kadang - kadang study smpai dorang tertidur . Ingat nak tidur sekali . Tapi , bila tengok muka dorang penat sangat , kesian . Mengalah . Gerak tidur katil sendiri .

Tapi ,
 Itu semua dulu . Sekarang , berbeza keadaannya .
Dah tak boleh jumpa dorang dah ,
Ana rase waktu tu , waktu terakhir ana jumpa dorang . Buat selama- lamanya . Mungkin . Kalau ada rezeki Allah bagi , In Shaa Allah kita jumpa lagi . Ana rindu gelak tawa dorang , senyuman dorang , karenah dorang  yang kebudak - budakan, Ana akan rindu semua tu . Ana akan rindu dorang . Sangat .



Ana tahu . Ana bukanlah sesiapa . Untuk dorang . Untuk semua orang ,

Ana bukan lah ketua bagi dorang .Tak layak . Tak terpilih pun . Apatah lagi dinobatkan sebgai Ketua Terbaik . Jauh sekali .

Adakah ana sahaja yang rasa benda ini ? Ana rasa tak . Sebab ana bukan seorang ketua . Ana rasa ketua - ketua yang dipilih lebih merasai daripada apa yang ana rasa .  Mungkin .

Ketua terbaik pernah cakap .


" kalau nak kan pertemuan , jangan takutkan perpisahan "

 Ana tak boleh salahkan takdir .



Setiap pertemuan , setiap kata - kata , setiap karenah , setiap perbuatan dorang , setiap perbalahan , setiap perselisihan faham .  Mematangkan diri ana .


 Ilmu ana tak setinggi ketua-ketua yang lain . Tapi , harap apa yang ana sampaikan , diamalkan . Apa yang ana pesan , jangan diabaikan .

Ana tahu , kadang - kadang ana tak adil . Ana cuba sedaya upaya untuk adil . Maaf kan ana . Maaf kan ana . Maaf kan ana , Doa kan ana  . Halal kan hutang ana , makan minum ana

Semoga hubungan ini kekal dan dirahmati ALLAH , Amin .


































Anaphase II




بسم الله الرحمن الرحيم  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kalau  belajar Biology , 
Anaphase II bermaksud berpisah nya kromatid kembar menuju ke kutub berlawanan  .
Tapi , apa kaitan Anapahse II dengan post kali in ?

Pejam celik kita dah masuk bulan ramadhan minggu kedua atau fasa II kan ?
Kenapa dengan minggu kedua ?
Maksudnnya Raya tinggal seminggu lebih lagi la kan , Hoorey !
Chopp ! Tapi bukan itu yang ana nak bagitahu ,
Minggu kedua ni , rebutlah peluang meminta ampun kepada ALLAH .


Jadilah kita seperti kromatid kembar dalam proses Anaphase II  yang meninggalkan  tempat asalnya bergerak menuju kutub berlawanan , Kita bergerak lah dari perangai jahil kita  minta maaf / ampun kepada Allah dengan meniggalkan perkara maksiat .

Seperti dalam hadis :
 Awalnya rahmat , pertengahannya keampunan dan akhirnya adalah pembebasan daripada neraka 
(HR Muslim)

Keampunan @ Kemaafaan .
Pada pendapat ana , bila berkaitan dengan perkataan ini , akan muncul dua golongan. 



   1) Orang yang meminta maaf 
2) Orang yang memaafkan

Dan akan muncul lagi dua golongan daripada golongan - golongan ini .

i) Orang yang ingin dirinya dimaafkan
ii) Orang yang tidak mahu dirinya dimaafkan

i) Orang yang suka memaafkan orang lain
ii) Orang yang tidak  memaafkan orang tertentu sahaja




Ana nak kupas mengenai golongan orang yang tidak  memaafkan orang tertentu sahaja .
Ana bukan nak mengkritik golongan ini . Cuma ingin menegur .
Mungkin .





Persoalan yang selalu menerjah masuk bagaikan peluru  ke dalam otak ana ,
Kenapa tak maafkan orang itu ?
Mungkin orang lain membuat sesuatu yang dia tak suka ,
walaupun benda yang dibuat itu dianggap sesuatu yang remeh pada pandangan orang lain.

" kau tak rasa macam mana sakit hati ni bila dia buat macam tu .
Sebab tu aku tak nak maafkan dia . Tak nak cakap dengan dia .
 Tak nak pandang muka dia . Kalau nampak dia , aku tak nak bagi salam ,
 aku nak lari . Tak nak tengok muka dia dah  menyampah ! "


Jadi kalau begitu , anda pernah rasa apa yang Nabi Muhammad rasa ? 
Dibaling najis ketika solat ?
Dibaling batu ketika berdakwah ?
Dicederakan sehingga patah gigi baginda dan hampir pengsan ?
Disentap kain dileher dengan kasar kerana benda2 remeh ?
Pernah ? Pernah ? Pernah ?


Sedangkan Nabi yang selalu dicaci maki , dipukul dengan teruk pon maaf kan orang lain tau .

Ni kita tak maaf kan orang lain , nak balas dendam dan marah - marah orang lain
 sebab benda kecik je .
 Banyak bukti dan kelebihan orang yang memaafkan orang lain .
Antaranya :


“Barangsiapa yang didatangi  saudaranya yang hendak meminta maaf , hendaklah memaafkannya , apakah ia berada dipihak  yang benar ataukah yang salah, apabila tidak melakukan hal  tersebut (memaafkan) , nescaya tidak akan mendatangi telagaku (di akhirat) (HR Al-Hakim)


Dari Muaz r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa menelan kemarahannya sedangkan dia berkuasa untuk membalas kemarahannya itu, maka pada hari kiamat kelak Allah akan memanggilnya di hadapan seluruh makhluk dan dia diberi peluang untuk memilih bidadari mana sahaja yang dia sukai.”
(HR Abu Daud)



Ali-Imran [134]……….dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang“ Allah akan memaafkannya dan diberikan Syurga


Nampak tak betapa besar ganjaran nya ?
kita akan dapat lebih banyak kebaikan daripada keburukan
kalau kita maafkan orang lain . 


Dan ada bebrapa tips untuk memaafkan orang lain .
Antaranya :
# Lakukan untuk diri anda
# Berfikiran positif dan sabar
# Ungkapkan isi hati anda
# Lupakan siapa yang salah , Siapa yang benar
Jadi , ana kat sini nak minta maaf , ana tahu ana bukan lah seperti malaikat yang sentiasa patuh , Ana buat dosa juga. Dosa degan manusia , dosa dengan Allah , Jadi kepada sesiapa yang pernah ana buat salah kepadanya sehingga menyinggung hati dan perasannya ,
Maafkanlah ana , maafkanlah ana dan maafkanlah ana.
 Kerana hati ini tidak tenang jika maaf tidak diterima

 "Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa kepada saudaranya lebih dari tigas hari, maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawab salamnya, maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu” 
( Riwayat Abu Daud , riwayat dari abu daud ini dhoif tetapi terdapat riwayat sohih dari al-bukhari )

Capital A
Ana tahu ana salah . Setiap manusia buat salah .  Ana tahu ana bukan lah sesiapa yang penting.
Seriusly , ana minta maaf . Harap maaf ana diterima . 





It's Your Choice


بسم الله الرحمن الرحيم  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Fuhhh . Fuuhhh , Fuhhhh . Berhabuk . Terbatuk .  Lama sungguh tak update blog ni .
Dek kerana banyak aral yang melintang . Huh ! Tak ada masa , idea tak datang , beratur nak gune komputer dan banyak lagi kekangan lain .

Okeh , kita mula .
Perception . Perspective . Notion .






Kalau ikut Google Translate , perkataan2 kat atas mempunyai maksud yang hampir  sama.
Pandangan , Pendapat dan benda2 yang seangkatan dengannya ,

Dan setiap perkara ni semua orang ada . Dan tidak boleh dikawal . 

Means , semua orang boleh ada pandangan mereka yang tersendiri .Serta  dipengaruhi dan tidak dipengaruhi oleh faktor - faktor lain .

Dan pandangan ni ada kala nya membina peribadi , semangat seseorang itu .
Dan ada kalanya juga menjatuhkan reputasi serta men"down"kan emosi insan - insan tersebut .
sollu 'alan nabiy

Dan bagi segelintir figura ini , mereka begitu lantang dan berani nya menyuarakan pendapat , tanggapan , dan sangkaan mereka tanpa mengira perasaan dan emosi orang lain . Serta tanpa mengetahui kesahihan benda yang mereka nilai itu ,




Oh , itu la yang selalu orang buat .
Kadang - kadang dorang tak  fikir kesan daripada apa yang dorang
katakan , lontarkan , utarakan .
Antara effect yang jelas , terang lagi nyata ialah
pergaduahn , perselisihan , dan perpecahan umat .
Pening , Runsing . Pusing .

sollu 'alan nabiy

Istighfar lah banyak-banyak .
Biar hati kita ni bersih sikit . Senang dan selalu ingat Allah ,
Control lah sikit pemikiran kita . Memang kadang - kadang kita tak luah kan pendapat dan tanggapan kita , tapi benda tu kita tahu . Effect jugak minda kita . Kadang - kadang benda macam ni akan buat kita jadi seorang yang suka melabel orang lain .

Tak suka lah orang ni sebab dia ni lah . sebab dia tu lah ,
Haih , tiada manusia yang sempurna melainkan Kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad s.a.w





sollu 'alan nabiy


Allah doesn't expect you to be perfect. He expects you to try your best to be as close as you can, to perfection :)

Perfection ? 
Tau tak nanti ada tetamu yang akan datang?
Tetamu ni lah yang akan mengajar kita cara untuk mencapai kesempuranaan , menjadikan hati2 kita tunduk kepada Allah

Huh ?! tetamu mane la pulak ni ?

 Sape la yang boleh buat benda2 macamtu kat kita ?
Tetamu itu  tak lain dan tak bukan = Ramadan :)


*gulp*

Tetamu nak datang ni ,  
tapi rumah bersepah - sepah .Haish !  kene kemas ni , Buat persediaan sikit .
Chopp ! Time tetamu datang mesti la kene jaga adab kan ?
Ala . depan tetamu nanti mesti la tak boleh bangun lambat ,
On FB 24/7 , tak boleh balik lewat malam dan segala macam benda lagi lah .
Huh ! leceh la kalau macam ni.


sollu 'alan nabiy





Ramadan kan dah nak muncul , time sebelum masuk ramadan ni lah
kita buat persediaan sikit - sikit.
Baca Al - Quran sikit - sikit , Qiamullail sikit , Puasa sunat sikit .
Nanti tak delah masa hari first ramadan kita kena kejutan suasana .


Jadi .
Apa pandangan kita tentang Ramadan ni ?
Leceh ? Menyusahkan ? Macam kena hempap bangunan sedozen guni beras ?
atau
Bersyukur ? Berterima kasih ?
Memaksimukan masa yang ada ? Meragut setiap peluang yang ada ?

Yang mana satu tanggapan kita ?  Tanya la diri sendiri . :)


sollu 'alan nabiy


sollu 'alan nabiy






























Kembali kepada Kebenaran .


بسم الله الرحمن الرحيم  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sebelum tu ana nak minta maaf sebab penulisan yang ni panjang sikit  .
Bacalah dengan penuh kesabaran . In Shaa Allah ada manfaat nya  :)




Ana mencari purnama yang diselimuti tabir malam, sesekali cuba membilang bintang yang bergentayangan di dada jumantara . Dan  ana memandang keluasan langit mayapada , terpempan satu kanvas alam yang sangat luas . Ana sedar ana sungguh kerdil . Masa terus bergerak , Fikiran ana rancak memikirkan sesuatu . 
Masa depan .


Allahumma Solli Ala Muhammad


Soalan pertama yang sering singgah di fikiran ana . Ke manakah hala tuju ana selepas ini ? Ana masih runsing . STAM ? nak sambung atau tak ? Ke nak kerja terus ? Ana teringat kalam guru-guru ana . " buat lah pilihan terbaik . kalau tak tahu . Allah ada . minta tolong dengan Allah " Bila ingat balik , jiwa ini bagai berendam dalam kolam damai yang dingin . Lupa yang Allah sentiasa di sisi .


Allahumma Solli Ala Muhammad

Tiba - tiba terfikir sesuatu , selepas keluar dari bumi Bestari ini , Bagaimana nak berhadapan dengan masyarakat luar sana ? Yang kurang didikan agama . Hatiku berkecamuk dalam kerisauan yang membadai . Kenapa risau ? Risau sebab diri ini tidak yakin mampu untuk mentarbiah masyarakat di luar sana . Dan juga tidak yakin mampu menerima tarbiah orang lain . Hatiku tersentap , gigiku ketap .
Masyarakat . Banyak orang , banyak ragam nya . Kita , umat akhir zaman . Banyak masalah yang timbul . Terlalu banyak . Benda yang wajib dipandang sebelah mata .


AURAT

Aurat wanita dibuka , lelaki pandang dan tergoda , dikata lelaki tidak menjaga mata , tapi sebenarnya salah siapa ?  Renungkan lah . Ingatlah menutup aurat hukum nya wajib . Macam yang ustazah ana cakap . " wanita sekarang bukan tutup aurat , tapi balut aurat "  huh ? macam mana tu ?




















Yang sebelah kiri tu dia tutup aurat.
Yang sebelah kanan tu dia membalut aurat .

nampak kan perbezaan nya ? 
Berubah lah wahai wanita . Biar ubah sikit asalkan istiqamah . Ingatlah azab Allah di hari akhirat amat lah pedih . Mentutup aurat membawa lebih banyak manfaat daripada keburukan .

Dan lelaki juga perlu menjaga aurat .
Jangan pakai ketat - ketat , tak da yang nak melekat , orang pandang meluat . 

Klik untuk tumbesaran . 

Allahumma Solli Ala Muhammad
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.[ Surah  An-nur , Ayat 31 ]



BER "COUPLE"
Couple tu apa sebenarnya ?
Couple bermaksud sebarang jenis  hubungan dengan yang bukan muhrim dan tidak berpaksikan akad nikah yang sah . Pasangan yang bercinta secara couple tidak menghiraukan batasan syariat dan cenderung mendekati zina .




"Tapi saya nak persahabatan ukhwah fillah . Lain kan dengan couple.?"
 
ukhwah fillah dalam bahasa melayu bermaksud persaudaraan kerana Allah . Perlu faham ukhwah fillah ialah persahabatan yang dibina kerana mahu mencapai keredaan Allah semata-mata . Mereka adalah insan-insan yang sentiasa mencari peluang bagi berbuat baik kepada sahabat mereka . Sangat takut dengan dosa kecil mahupun dosa  besar ,Orang sebegini tidak mudah mengikut nafsu berseronok dan gelora syahwatnya .Seperti Nabi Muhammad dengan para sahabat . Itu baru di namakan ukhwah fillah .
Allahumma Solli Ala Muhammad



Kita nak cinta atau bahagia ?
Nak sementara atau selamnya ?
Ada orang pilih cinta dan ada yang memilih bahagia .
Dan pasti semua pilih selamanya . Jarang ada orang yang ingin sesuatu yang bersifat sementara. Beza ke cinta dengan bahagia ?
Ya , cinta atau bahagia merupupakan dua elemen yang bebeza dan tak serupa ,
Boleh terang kan apa  bezanya ?

Bahagia ialah perasaan yang dibentuk daripada perasaan yang pelbagai . Terbentuk daripada emosi yang bervariasi . Terbina dengan adanya kasih cemburu , cemburu , sayang , marah dan cinta  lain - lain . 
Cinta pula merupakan salah satu ciri dalam bahagia ,

Rasa nak bercinta tak salah , tapi jangan lahir kannya . Belum sampai masanya lagi .
Jadi nak cinta atau bahagia ?

 VS



Nak cinta . Tapi kita kena tahu hubungan cinta tak boleh berasaskan cinta sahaja . Malah ia memerlukan kekuatan lain  bagi turut serta ,
Nak bahagia . Kalau nak bahagia , kita memerlukan lebih daripada rasa cinta . Kita perlukan sabar , tabah , istiqamah , amanah dan bermacam lain lagi untuk membantu kita menjadi pemilik bahagia yang berjaya .

Holistik nya ,
bila kita bahagia kita pasti merasa cinta , tapi bila rasa cinta tak semestinya rasa bahagia .
Allahumma Solli Ala Muhammad

Tapi ,
 sudah kah kita tahu siapa yang menciptakan bahagia ini ?
Sudah pasti Allah yang menciptakannya .


Adakah kita sudah benar - benar mengenali Allah yang bersifat ar-rahman dan ar-rahim dengan sedalam - dalam nya ?


Kenapa kena kenal Allah sedalam-dalmnya ?
Kerana Allah yang menciptakan bahagia yang abadi . Percayalah hanya Allah yang memiliki nya . Hanya Allah yang mampu memberikannya .Bukan manusia lain , bukan makhluk lain , bukan lelaki atau wanita yang kau dampingi . Hanya Allah yang mampu berikan .



Allahumma Solli Ala Muhammad
:)