Kembali kepada Kebenaran .


بسم الله الرحمن الرحيم  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sebelum tu ana nak minta maaf sebab penulisan yang ni panjang sikit  .
Bacalah dengan penuh kesabaran . In Shaa Allah ada manfaat nya  :)




Ana mencari purnama yang diselimuti tabir malam, sesekali cuba membilang bintang yang bergentayangan di dada jumantara . Dan  ana memandang keluasan langit mayapada , terpempan satu kanvas alam yang sangat luas . Ana sedar ana sungguh kerdil . Masa terus bergerak , Fikiran ana rancak memikirkan sesuatu . 
Masa depan .


Allahumma Solli Ala Muhammad


Soalan pertama yang sering singgah di fikiran ana . Ke manakah hala tuju ana selepas ini ? Ana masih runsing . STAM ? nak sambung atau tak ? Ke nak kerja terus ? Ana teringat kalam guru-guru ana . " buat lah pilihan terbaik . kalau tak tahu . Allah ada . minta tolong dengan Allah " Bila ingat balik , jiwa ini bagai berendam dalam kolam damai yang dingin . Lupa yang Allah sentiasa di sisi .


Allahumma Solli Ala Muhammad

Tiba - tiba terfikir sesuatu , selepas keluar dari bumi Bestari ini , Bagaimana nak berhadapan dengan masyarakat luar sana ? Yang kurang didikan agama . Hatiku berkecamuk dalam kerisauan yang membadai . Kenapa risau ? Risau sebab diri ini tidak yakin mampu untuk mentarbiah masyarakat di luar sana . Dan juga tidak yakin mampu menerima tarbiah orang lain . Hatiku tersentap , gigiku ketap .
Masyarakat . Banyak orang , banyak ragam nya . Kita , umat akhir zaman . Banyak masalah yang timbul . Terlalu banyak . Benda yang wajib dipandang sebelah mata .


AURAT

Aurat wanita dibuka , lelaki pandang dan tergoda , dikata lelaki tidak menjaga mata , tapi sebenarnya salah siapa ?  Renungkan lah . Ingatlah menutup aurat hukum nya wajib . Macam yang ustazah ana cakap . " wanita sekarang bukan tutup aurat , tapi balut aurat "  huh ? macam mana tu ?




















Yang sebelah kiri tu dia tutup aurat.
Yang sebelah kanan tu dia membalut aurat .

nampak kan perbezaan nya ? 
Berubah lah wahai wanita . Biar ubah sikit asalkan istiqamah . Ingatlah azab Allah di hari akhirat amat lah pedih . Mentutup aurat membawa lebih banyak manfaat daripada keburukan .

Dan lelaki juga perlu menjaga aurat .
Jangan pakai ketat - ketat , tak da yang nak melekat , orang pandang meluat . 

Klik untuk tumbesaran . 

Allahumma Solli Ala Muhammad
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.[ Surah  An-nur , Ayat 31 ]



BER "COUPLE"
Couple tu apa sebenarnya ?
Couple bermaksud sebarang jenis  hubungan dengan yang bukan muhrim dan tidak berpaksikan akad nikah yang sah . Pasangan yang bercinta secara couple tidak menghiraukan batasan syariat dan cenderung mendekati zina .




"Tapi saya nak persahabatan ukhwah fillah . Lain kan dengan couple.?"
 
ukhwah fillah dalam bahasa melayu bermaksud persaudaraan kerana Allah . Perlu faham ukhwah fillah ialah persahabatan yang dibina kerana mahu mencapai keredaan Allah semata-mata . Mereka adalah insan-insan yang sentiasa mencari peluang bagi berbuat baik kepada sahabat mereka . Sangat takut dengan dosa kecil mahupun dosa  besar ,Orang sebegini tidak mudah mengikut nafsu berseronok dan gelora syahwatnya .Seperti Nabi Muhammad dengan para sahabat . Itu baru di namakan ukhwah fillah .
Allahumma Solli Ala Muhammad



Kita nak cinta atau bahagia ?
Nak sementara atau selamnya ?
Ada orang pilih cinta dan ada yang memilih bahagia .
Dan pasti semua pilih selamanya . Jarang ada orang yang ingin sesuatu yang bersifat sementara. Beza ke cinta dengan bahagia ?
Ya , cinta atau bahagia merupupakan dua elemen yang bebeza dan tak serupa ,
Boleh terang kan apa  bezanya ?

Bahagia ialah perasaan yang dibentuk daripada perasaan yang pelbagai . Terbentuk daripada emosi yang bervariasi . Terbina dengan adanya kasih cemburu , cemburu , sayang , marah dan cinta  lain - lain . 
Cinta pula merupakan salah satu ciri dalam bahagia ,

Rasa nak bercinta tak salah , tapi jangan lahir kannya . Belum sampai masanya lagi .
Jadi nak cinta atau bahagia ?

 VS



Nak cinta . Tapi kita kena tahu hubungan cinta tak boleh berasaskan cinta sahaja . Malah ia memerlukan kekuatan lain  bagi turut serta ,
Nak bahagia . Kalau nak bahagia , kita memerlukan lebih daripada rasa cinta . Kita perlukan sabar , tabah , istiqamah , amanah dan bermacam lain lagi untuk membantu kita menjadi pemilik bahagia yang berjaya .

Holistik nya ,
bila kita bahagia kita pasti merasa cinta , tapi bila rasa cinta tak semestinya rasa bahagia .
Allahumma Solli Ala Muhammad

Tapi ,
 sudah kah kita tahu siapa yang menciptakan bahagia ini ?
Sudah pasti Allah yang menciptakannya .


Adakah kita sudah benar - benar mengenali Allah yang bersifat ar-rahman dan ar-rahim dengan sedalam - dalam nya ?


Kenapa kena kenal Allah sedalam-dalmnya ?
Kerana Allah yang menciptakan bahagia yang abadi . Percayalah hanya Allah yang memiliki nya . Hanya Allah yang mampu memberikannya .Bukan manusia lain , bukan makhluk lain , bukan lelaki atau wanita yang kau dampingi . Hanya Allah yang mampu berikan .



Allahumma Solli Ala Muhammad
:)
























































6 comments:

assalamu'alaikum..
satu perkongsian yg menarik..
just nk ckp sket, yg balut aurat tu, gmbr yg sblh kanan, yg gmbr sblh kiri tu tutup aurat..
terima kasih.. harap maaf..

 

terima kasih sebsb tegur . careless sikit :)

 

Teruskan berpena lillahi Ta'ala.

 

Good job!thanks sharing is caring..

 

follow aku balik . wak lin . hahah . sematt

 

Post a Comment