Search What Hidden.




بسم الله الرحمن الرحيم  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



10 Februari 2013 / 29 Rabiulawwal 1434 hijrah .
Result SMA . Dah dua hari berlalu . Tapi hati ana ni , hmm.. kadang redha , kadang tidak , kadang biase kadang sedih , kadang bersykur kadang tidak kesah . Hmm.. bila tengok orang lain dapat mumtaz , hati ana cemburu . Tapi bila fikir balik . Layak kah ana dapat mumtaz dengan usaha ana yang tak seberapa tu ? Soalan tu selalu bermain dalam fikiran ana. Tapi ana xpasti adakah ana mempunyai jawapan untuk soalan itu. Ana biarkan soalan itu tanpa jawapan . 


219 orang calon .
 Hanya 126 orang yang mumtaz . 126 . Angka yang besar . Mustahil dengan angka sebesar itu tiada siapa yang mengharap dia salah seorang dari kelompok itu . Ana pon rasa macam tu juga .Sangat mengharap . Apabila Ustaz Suhaimi berbicara . Bergetar hati ana . Satu demi satu nama disebutkan . Ana menunggu nama ana dengan penuh kesabaran dan pengharapan . Tapi apakan daya . Takdir telah ditentukan . Ana bukan dalam kelompok tadi .
Perasaan ?

 Redha dengan apa yang dicapai . Apa yang kita dapat ialah apa yang kita usaha . Nak dapat mumtaz tapi malas nak belajar . memang tak dapat la kan . Ana lihat wajah sahabat - sahabat ana yang dapat mumtaz . Penuh keriangan . Ana tumpang gembira . Ada beberapa orang yang ana tak percaya dia mumtaz . Tapi dia lebih layak terima atas usaha dia . Ana tak boleh cemburu dekat diorang sebab itu memang rezeki dorang . Ana respect kat dorang :) tahniah !

Reaksi ummi dengan Ayah ?
"Angah dapat berapa ? " ana jawab "dapat jayid jiddan . 87.2" "ala sikit je lagi . 3% je lagi . Kenapa macam tu ? " ana terdiam . Saat itu , diam lebih afdal bagi ana . 


Syeikh Ibnu ‘Athaillah As-Sakandary
“Sesungguhnya kegagalan terasa menyakitkan, semata kerana anda tidak faham sesuatu dari Allah dalam kegagalan itu.”


Walau apa pun ,
 ana bersyukur . Mungkin ini yang terbaik untuk ana . Ana kena ingat ada yang lebih tinggi dan ada yang lebih rendah keputusan diorang daripada ana . Sekali gagal tak selalu gagal . Ana akan bangkit . Allah lebih mengetahui . Mungkin kalau ana dapat mumtaz , ana lupa diri , ana riak , lupa kejayaan ana tu bukan usaha ana semata - mata . Ana mungkin akan jauh daripada Allah . Ana tak nak belajar , semata - mata nak periksa . Ana nak amal kan ilmu yang ana dapat sepanjang 2012 :) . Setiap yang berlaku ada hikmah nya . Ujian dapat membuatkan kita lebih rapat kepada Allah . 






Peristiwa ini ,
mendidik kesabaran ana , mematangkan pemikiran , bersyukur dengan apa yang ada .Yakin dengan ketentuan yang Allah dah tetapkan . Yang lepas biar lepas  , yang penting kita  terus maju kehadapan !
SPM 11A+ :)


And We will surely test you with something of fear and hunger and a loss of wealth and lives and fruits, but give good tidings to the patient . Who, when disaster strikes them, say, "Indeed we belong to Allah , and indeed to Him we will return. Those are the ones upon whom are blessings from their Lord and mercy. And it is those who are the [rightly] guided.

(surah Al-Baqarah , 155-157)



La Tahzan! :)









































































































2 comments:

syukran akhi..suka dgn madah dr syeikh ibn ,athaillah assakandary..

 

x per.. sme lh ngan ana... memg sukar tok trime kegagaln bukn?? huhu -peacenowarnsenyumslalu-

 

Post a Comment