Emas .


Berhabuk .


Masih ada lagi yang setia  menunggu post dari blog ni ?

Mungkin ada ,
Mungkin tidak.


Okay ,
Kita proceed .



Kadang ,

Kita rasa semua benda serba serbi tak cukup ,
Kita rasa macam rezeki kita selalu ditutup ,
Kita rasa orang lain hidup mereka sangatlah mudah dan indah ,
Kita rasa hidup kita sangatlah susah dan sampah .


Kita melihat orang lain daripada kaca mata kita ,
Dan orang lain melihat kita daripada kaca mata mereka .

Kita tak dapat tahu macam mana orang lain melihat kita ,
Dan mereka tak dapat lihat macam mana kita melihat dia .

Satu sisi pandangan yang terhijab .

Kita memandang dan kita juga dipandang.


Admit ,

Kalau aku ,
Sangat lah kagum , terpesona , terkesima , takjub dan respect ,
Dengan orang orang yang hebat .

Hebat ?

Hebat dari segi kematangan berfikiran jauh ,
Hebat dari segi pengurusan emosi yang bercelaru ,
Hebat dari segi pengurusan masa yang menghimpit jiwa ,
Hebat dari segi rasional nya menguruskan masalah yang hadir ,

Sungguh aku kagum .


Kau akan jumpa orang yang sebegini apabila ,
Bercampur dengan masyarakat ,
Memerhati dan menganalisis sekeliling .


Kadang kekaguman yang hadir dalam diri tu , 
Meletakkan satu batas dan menghadkan untuk kau pergi lebih jauh ,
Dalam diri kau bercita nak jadi seperti mereka ,
Tapi kau terus merendah diri dan rasa kau tak punya apa apa .

Lantas keinginan untuk menjadi seperti mereka ,
Bagai asap rokok yang menghilang dalam tiupan angin ,
Ada bau tapi tak nampak ,
Ada hasrat tapi tak gerak .


Sebenarnya ,
Sama ada kau sedar atau tak sedar ,
Semua orang ada lombong emas yang tersendiri .

Ada potensi sendiri ,
Yang lain daripada yang lain ,
Yang kita sendiri kena gali kena cari kena gilap ,
Kita sendiri,
Bukan orang lain .


Berubah atas kehendak sendiri ,

Mencari potensi diri ,
Mencari satu jalan ,
Yang mencerahkan lagi peluang untuk jumpa emas yang dicari .



Peringatan dan perkongsian  bersama .

Setiap orang ada raksasa dalam diri ,
Sama ada masih berhibernasi dalam diri ,
Atau sudah mengambil langkah mengubah dunia .



Rin .





























6 oktober .



Aku tak tau

Kenapa aku .

Kenapa benda ni terjadi dekat aku .

haihhhh .


Al kisah bermula .


Dia datang tanpa diduga .
Dia datang tanpa diundang ,
Datang tanpa diminta .

Tak tau kenapa .
Rasa tergerak nak tolong dia .

Beli kan dia itu dan ini .
Korban kan sikit masa yang aku ada .
Nak bantu dia .
Nak buat dia gembira ,

Tapi semua tu .
Dia tak mintak .
Dan jarang sekali .
Dengar dia bersuara .

Pernah sekali dia bersuara perlahan .
Bernasib baik dapat dengar .

Cuma kesian ,
Dia pernah nak kena bunuh .
Serius gaiss

Kawan aku kata
Tu ayahnya .
Aku saksi kejadian tu .

Tapi ,
Time anak beranak tu bergelut .
Aku nampak semua tu .
Sebab takut sangat .
Sangat sangat .
Aku lari masuk bilik .

Dah tenang kan diri ,
Buat apa yang patutu ,
Bagitau dekat orang yang aku perlu ,
Bagitau dekat orang yang aku percaya.

Aku jenguk balik ,
Dia dah hilang ,
Ada kesan darah .
Aku takut .

Tapi ,
Aku tengok ,
Ada orang dah tolong cuci luka tu .
Aku tengok dia masih hidup lagi .

Haihhh ,
Takut aku dibuatnya .

Start dari situ ,
Aku sediakan apa yang patut .
Aku sediakan apa yang aku rasa dia perlu .

Hari hari tengok dia .
Tolong dia .
Dia tu kurus sangat .
Letak makanan depan dia .
Tak makan .

Suap kan dia makan ,
Ehh ,
Makan pulak.
Manja nya dia ni .

Kesian dia ,
Sorang sorang .
Takde kawan .
Takde sapa nak teman .
Masing masing sibuk .
Dapat tolong time free jelah .

Sedangkan dia kena dapat fullyime attention .
Hmm .

Dan .
Mungkin sebab hari yang ayah dia cuba bunuh dia ,
Kaki dia sakit ,
Jalan tak betul .


Kesian dia ,
Kesian sangat .


Kitorang letak dalam bilik dia sendiri ,
Tapi kesian ,
Dia rasa terkurung .
Tapi tu semua untuk dia jugak .

Kalau lah dua faham .


Hmm .


Bukan aku je sorang tolong dia .
Orang lain tolong jugak ,
Tolong apa yang mampu ,


Tapi
Dia selalu nampak lemah .
Makan sikit .
Minum sikit ,

Semalam .
Aku bangun pagi ,
Buka pintu .
Dia tunggu depan pintu ,
Tak tidur dalam bilik .

Kawan aku kata ,
Ayah dia datang bilik dia ,
Tu dia lari pergi depan bilik aku ,

Hmm .

Ada sekali tu ,
Aku letak dalam bilik dia ,
Suruh tidur situ .

Alih alih dia datang bilik aku jugak
Dengan jalan tak betul nya
Bilik aku dengan dia jauh kot ,


Kesian dekat dia .

Aku perasan satu benda .
Sejak mula mula tolong dia .

NAfas dia turun naik .
Tak stabil .
Laju .

Aku takde pengalaman ,
Aku buat apa yang aku tahu ,

Last aku tengok dia ,
Nafas dia turun naik .
Laju sangat .
Sangat tak normal .

Aku fikir ,
Mungkin benda biasa ,
Tapi sebenarnya tu benda luar biasa .

Aku niat ,
Esok nak bawak dia pergi klinik .
Tolong dia apa yang patut .

Aku ada kerja time tu ,
Aku jenguk dia kejap .
Masih okay lagi .
better daripda yang tadi ,

Aku buat kerja ,
Siap buat kerja .

Kawan cakap .

" Dia dah takde "

Aku tengok sendiri ,
Terbujur kaku .

Aku tengok jugak ,

Sedih ,


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Aku tak tau .

Ni bencana .

Petanda ,

Peringatan .

Balasan ,


Nama nya comel .
Housemate aku bagi nama .
Kesian sangat .

Aku harap sangat boleh jaga dia sampai dia jadi besar macam kucing biasa .
Aku tak pernah ada kucing .
Dan perasaan teringin tu ada .

Mungkin aku bukan orang yang layak nak jaga comel .
Biar lah comel pergi .

Selalu dbelai .
Suka dibelai .

Salam sayang dari sini untuk comel :)































6 . T I P U D A Y A




Hidup dalam dunia kedua yang sementara ,
Banyaknya manusia yang menipu dan ditipu .
Penipu yang paling besar ialah syaitan .

Semua orang boleh ditipu . Dan menipu .
Bukanlah daripada golongan anak kecil sahaja ,
Orang tua , ahli politik , pengemis , pemuda tarbawi  ,
Para guru , makcik penjual kuih , abang carwash tepi jalan pon boleh menipu dan ditipu .

Selain syaitan ,
Ada lagi yang mampu menipu manusia sejagat ,
Dengan penipuan lebih dahsyat .

Apa dia ?
R I A K .

Bagaimana riak mampu memesongkan manusia di jalan yang terpesong ?
Apabila manusia diberi nikmat dan dia tidak kembali kepada tujuan utama dia diberi nikmat itu .

Dia diberi nikmat menghafal Al-quran ,
Dengan tekun dia menghafal Quran sehingga habis ,
Dan apabila terdetik di dalam dirinya
“ aku mampu menghafal quran dalam masa yang singkat. Orang lain tak mampu buat macam apa aku buat  “
Timbul riak dan ujub dihati ,
Dan telah lari daripada tujuan utama dia mengahafal Quran .
Iaitu untuk beramal dengan nya .


Sampai satu tahap ,
Riak membuat kita tuli dengan nasihat orang lain ,
Tidak mahu mendengar nasihat tapi terus membei nasihat .
Buta dengan kebaikan amalan orang lain ,
Mengaggap amalannya paling bagus daripada orang lain .

Disebabkan riak ini juga ,
Membataskan pemikiran akal ke tahap yang lebih tinggi ,
Disempitkan pemikirannya dengan kehebatan diri sendiri  ,
Yang akhirnya memakan diri .


Muhasabah diri .
Dapat membantu membuang riak dalam hati .
Setiap hari luangkan masa untuk muhasabah diri ,
Periksa diri sendiri apa yang tidak kena ,
Dan sama sama berpindah ,
Ke jalan lebih baik .

Abu Darda’ Al-Ansari pernah berkata . Mafhumnya :

Amalan ahli taqwa sebesar semut itu lebih baik daripada segunung amalan yang dikerjakan oleh orang bukan ahlinya dan bersifat riak .


Tipu daya sekarang memang tumbuh melata ,
Tanya pada hati adakah cukup kuat atau gentar ,
Mengambil posisi mengharung tribulasi ,
Sama ada teguh berdiri atau rebah dibawah matahari .


5 . S E S A L



S E S A L .

Kau tak cemburu ?
Dengan orang dahulunya sama-sama bermaksiat dengan kau ,

Tapi ,
Dia dah keluar dari gua kegelapan  ,
Gua yang merupakan tempat tinggal dia dahulu ,
Gua yang menjadi tempat dia berpaling daripada cahaya ,
Gua yang dijadikan tempat untuk melayan raksaksa dalam diri  ,

Dan ,
Kau pula ?
Masih menjadikan gua tu sebagai tempat tinggal kau .
Tak malu ?

Kau sendiri tau ,
Kau pernah terdetik ,
Nak keluar dari gua tu ,
Ikut jejak kawan kau .

Mulut gua itu ,
Kau pernah sampai situ ,
Kau lihat cahaya ,
Satu pemandangan hijau meluas depan mata ,


Kaki kau melangkah ,
Tangan dihayun ke hadapan ,
Tanda kau tekad nak keluar ,
Tapi ku sempat menoleh kebelakang ,

Hati kau gusar ,
Kau terfikir ,
Mampukah aku nak hidup luar gua ni ?
Mana nak cari makanan luar gua ni ?

Tapi kau tekad juga nak keluar ,
Kau teruskan melangkah ,
Menikmati suasana baru ,
Suasana yang menggegar kalbu ,

Kau suka ,
Kau gembira ,
Hati bergempita ,
Tapi rasa tu tak lama .

Bila kau rasa panasnya sang matahari ,
Kau tak tahan ,
Kau rimas
Rimas dengan cahaya yang menyengat kuilt
Kau panas
Panas dengan hati sendiri
Kau lemas
Lemas dalam peluh sendiri



Fikran kau berubah ,
Dan kau masuk kembali ,
Ke Gua Kegelapan !

Aahh sudah !
Sampai bila ?

Jawapan itu kau sendiri tahu .
Berubah .



4 . Sampai Bila ?





Sampai bila ?
Kau nak bersengketa dengan suara hati kau ?
Sedangkan kau tahu kau takkan menang perlawanan tu .
Sebab hati kau lebih tahu apa yang kau perlu daripada raksaksa dalam diri kau .
Raksaksa dalam diri kau sangat kuat sampai ultraman tiga tak boleh lawan ,
Tapi kau boleh .

Sampai bila ?
Sampai bila nak tunduk ke bawah saat kau kalah ?
Berdirilah dengan gagah walaupun kau tau kau nak rebah !
Kau sepatutnya memandang ke arah musuh tanpa rasa goyah ,
Memang perit rasa bila kau dekat bawah dan kau diludah ,
Tapi kuatkan diri dan jangan jadikan itu sebagai noktah tapi asbab untuk kau berubah !


Sampai bila ?
Nak letak cinta dekat manusia ?
Sedangkan manusia itu sendiri tak tahu apa yang bakal berlaku esok ,
Jangan kata esok , sejam akan datang belum tentu dia tau apa yang bakal berlaku ,
Kenapa tak letak cinta dekat tuhan ?
Sedangkan tuhan tahu apa yang bakal terjadi esok ,
Jangan kata esok , sepurnama sedekad malah seabad tuhan tau apa yang akan berlaku .
Perasaan berubah .



Sampai bila ?
Sampai bila kau nak pegang orang yang sepatutnya pergi dari hidup kita ?
Sama macam kau nak matahari statik pada tempatnya ,
Menjadikan dunia terang sepanjang masa .
Dan kau tahu akan ada baik dan buruknya .

Manusia datang dan pergi ,
Lepaskan lah apa yang bukan milik kau ,
Mungkin damai akan bertapak dalam hati saat kau melepaskan ,
Tapi kadang kau ragu ragu sama ada itu kau punya atau bukan .
Sebab masanya belum tiba ,
Atau mungkin masa itu takkan tiba .

Sampai bila ?
Sampai bila kau nak terduduk kaku diam membisu ?
Sedangkan orang lain berhempas pulas mencari sirna-Nya yang menusuk kalbu ,
Sedangkan kau keliru dan buntu sebab dahulu kau pernah bertindak terburu-buru ,
Tapi kau kena faham dan ambil tahu ,
Sentiasa ada jalan keluar bagi yang pernah sesat dalam jalan yang berliku ,
Terpulang pada kau nak memandang lesu ,
Atau berlari laju .


Soalan sampai bila tu kadang percikan suara hati ,
Yang mempertikai tingkah laku kau ,
Tingkah laku yang bergerak tidak selari dengan kewarasan akal ,
Hati membantah bukan bermaksud marah ,
Tapi sayang .



3 . P A L S U






Palsu tu bila kau tau sesuatu itu tak original tak “ authentic” .
Dan ramai yang tak nak benda benda palsu ni .



Mencari sesuatu yang hakiki ,
Kau berharap kebenaran yang menunjukkan diri ,
Tapi kepalsuan yang kau temui ,
Kau tetap seronok dengan perkara ini ,
Kau tak sedar hal ini sebenarnya tribulasi ,
Racun kepada hati .

Kau masih teragak – agak nak melangkah ,
Walhal perkara tu kau fikir tak sudah sudah ,
Dan kau rasa banyak lagi masa untuk kau berpindah ,
Daripada sifat buruk kepada sifat mahmudah .
Kau tak buat sebab kau rasa susah ?
Atau ego kau yang tak pernah nak mengalah ?

Kau tabur kan semua benih yang kau ada ,
Kau harap hujan turun dengan lebat nya ,
Kau nak tadah air dan bawa bekas bersama ,
Tapi sebenarnya kemarau yang bakal mengunjung tiba .
Masa tu kau baru tahu apa erti kecewa .

Kau dah banyak kali kecewa sebenarnya ,
Tapi kau degil dan keras kepala ,
Kau tetap mengharap kan hujan yang bakal tiba ,
Tapi kau lupa tengkujuh sedang melanda .

Tanaman kau hanyalah tinggal sisa ,
Kau terasa dan sakit di hati menjadi bisa ,
Tapi semua rasa itu kau tolak tepi dan rasa biasa ,
Walhal kalau kau biarkan begitu kau akan jadi raksasa ,
Akal menjadi simpanan menjadi penambah rasa siksa ,
Dan nafsu menjadi teman setia setiap masa ,

Sepatutnya akal kau digunakan pada tahap tertinggi ,
Biarkan manusia lain terus laju berlari dan bergelek menari ,
Mencari kepuasan untuk raksaksa yang berhibernasi dalam diri ,
Tapi kau tetap utuh berdiri mendongak langit ciptaan ilahi ,
Melepaskan diri daripada sikap hedonism yang terkini ,
Yang bersarang dalam kalangan pemuda tarbawi .

Untuk menggunakan akal peringkat tertinggi tidak mengenal usia ,
Kadang kanak – kanak kecil mampu berfikir kreatif daripada kita ,
Janganlah jadi tin kosong yang bunyinya kuat tapi isi tiada ,
Jadilah seperti cili padi yang kecil molek bergaya menggegar dunia.

Terpulang kepada kau nak hadam atau padam ,
Ranting kayu juga boleh bina istana yang indah tersergam .
Sebab sesetengah orang rajin berkerja pada waktu malam ,
Bergerak aktif membuat kerja dalam diam .

Terletak kepada kau nak percaya yang palsu atau hakiki ,
Atau yang reality atau fantasi .















1 . S U A R A



Aku risau .

Pabila mendengar satu suara.
Suara yang selalu merintih kesakitan ,
Suara yang selalu berbisik lembut,
Suara yang selalu tegas menghalang .

Tapi ,
Badan ini seolah olah membiarkan suara itu berlalu ,
Tidak memberi respon kepada suara itu.
Otak ini seolah olah menganggap itu semua ilusi .
Lantas membiarkan suara itu hilang dari kotak memori .

Itu ,
Suara iman dan hati kita .


Kerana ego ,
Kita buat tak tahu .

Kerana malas ,
Kita anggap suara itu menuduh pedas .

Kerana dunia ,
Kita biarkan suara itu merintih ,
Dan terus merintih .


Agaknya nya kau lupa .
Kita manusia bukan robot .
Sebab tu kita ada suara iman dan suara hati .

Aku takut bila ,
Aku buat sesuatu dengan sangat selesa ,
Aku lupa sebenarnya hati aku sedang tersiksa .

Ibarat ,
Kau nampak kaki kau terpijak paku ,
Tapi kau diiam membisu ,
Kau buat tak tahu ,
Seperti tiada apa yang berlaku ,

Hati ,
KUAT LAH !
Kau diam bila makanan rohani kau tak cukup  ,
Kau biar kan badan kekenyangan sampai nak meletup .
Sampai satu saat baru kau sedar hati kau dah tertutup .

Usia muda ,
Gunakan tenaga pada jalan ilmu ,
Memang waktu muda banyak musuh dan sekutu ,
Tapi kemanisan ilmu tu kau saja yang tahu .
Kejar akhirat dunia datang laju menuju .


Hati dan iman ni memang adik beradik ,
Macam mana iman nak naik kalau hati tak terdidik ,
Macam mana hati nak terdidik kalau dunia sebagai gundik .
Dua dua sihat baru amalan konsisten naik .