NOKTAH .



Noktah . 
Sama ada itu permulaannya . 
Atau 
Itu pengakhirannya .


Kau takkan puas kalau ,
Kejar harta dunia .
Kenapa ?

Sebab harta dekat dunia tak terkira banyak nya ,
Bila kau nak berhenti kejar harta dunia ?
Bila semua harta dekat dunia ni jadi kau yang punya ? 




Kau takkan puas kalau ,
Kejar sesuatu yang baru . 
Kenapa ? 

Sebab setiap detik , 
Akan ada sesuatu yang lagi baru daripada yang kau ada ,
Dan yang baru itu akan menjadi lama ,
Dan yang lama itu selalu nya akan dilupakan , 
Walaupun banyak jasa nya ,




Kau takkan puas kalau ,
Cari sesuatu yang cantik ,
Kenapa ? 

Sebab akan ada sesuatu yang lagi cantik dariapada yang kau ada ,
Dan persepsi setiap orang tentang cantik itu sendiri berbeza ,
Tak semestinya sedap dimata kau sedap juga dimata orang lain .




Kau takkan puas kalau , 
Mencari keseronokan dunia .
Kenapa ? 

Sebab terlalu banyak keseronokan yang ada dekat dunia ni ,
Sehingga banyak yang terperangkap dengan keseronokan sementara ni ,
Kau nak keseronokan sementara atau selamanya ?




Kau takkan puas kalau ,
Kau mengejar pangkat ,
Kenapa ?

Sebab pangkat diberi bukan diminta ,
Semakin banyak pangkat semakin kau nak lagi ,
Kalau diminta dan hati kau tak kuat ,
Nanti hati kau gelap sebab riya' ,
Ramai yang dah tersungkur ,
Dekat padang mahsyar nanti nama kau yang disebut ,
Pangkat Allah tak pandang .




Kau takkan puas kalau , 
Kau kejar perhatian dan kasih sayang ajnabi , 
Kenapa ? 

Sebab ,
Mereka bagi semua tu nak kan habuan dan sesuatu daripada kau ,
Sedangkan yang halal bagi kau , 
Yang cuba curah kasih sayang dekat kau ,
Yang menyayangi kau tanpa mengharap balasan,
Kau tolak jauh jauh .

Guane boh ?




Kau akan puas kalau ,
Dalam hati kau hanya ada Allah dan Rasulullah .

Tapi kadang orang bila berusaha ,
Lepas tu nak tawakal dekat Allah ,


Tapi ,

Dekat mana kau letak Allah dalam hati kau ? 

Tempat paling tinggi ? 

Rendah ? 

Atau takde langsung ?




Kalau nak terbang , 

Mesti solid tempat Allah dan Rasulullah dekat hati ni ,

Baru kukuh tempatnya walaupun hati kau kena gempa bumi 9.8 skala ritcher .

Heeee .




Tau kan nak terbang ke mana ? 

Syurga lah :)




Aku kuat ?

Takdelah . 

Aku lemah jugak .


-budakkayangan-












































Haii Awakk !





Saya saya . 
Awak awak .


" Eh eh . Apa maksud atas tu ? "

" Err . Entah lah . "

" Ada kena mengena dengan saya ke ? "

" Hmm.. Mungkin . Kalau apa yang saya tulis ni , 
Kena dekat diri awak , Awak lah orang yang saya maksud kan . Heeeee  "



Tali mana yang tak putus kalau ada " benda " yang membebankannya ? 
Atau cuba " memotong " nya ?
Hatta , tali kabel besi yang kuat dan kukuh tu pon putus kalau overload .




Sampan mana yang sempurna / yang takkan rosak  ? 
Eh , ada ke ? 
Hatta , Titanic yang besar tu pon , 
Yang dikhabarkan oleh orang yang men"design" takkan boleh karam ,
Karam terbelah dua .

Ini kan lagi " Persahabatan Kita "
Dengan hanya terlepas kata - kata , 

" Can destroy it "


Untung lah kalau yang kekal itu terus kekal ,
Mungkin kata pada tika itu tidak pantas untuk dilepaskan ,
Mungkin juga dilepaskan dengan niat untuk bergurau ?
Itu pun kalau tepat pada sasaran nya 

Namun kita berbicara di alam maya/fantasi bukan di alam realiti ,
Apakah yang disana dalam keadaan " okay " seperti tafsiran yang disini ?
Boleh saja disini menulis sesuatu yang gembira dalam keadaan hiba ,
Inti yang disampaikan menggambarkan emosi seseorang ketika itu pada kebiasaannya ,
Langit yang biru hujan juga dikala tengahari menjelma apatah lagi kita manusia ,
Air yang keruh sahaja kadang membesarkan ikan yang sihat didalam nya ,
Harap nya " okay " yang dimaksud kan membawa makna yang tepat tanpa melencong sikit pun .




Kalau  dah ada permit untuk berkelana , teringin nak tengok beras ketika masih muda .

Sedap mata memandang , seragam warna . Warna kegemaran Rasulullah tau !

Teringin nak rasa suasana sana . Nak tangkap Anguilliformes . 

Dah tangkap , makan lah . Haha 

Haritu ada yang mengajak , tapi kekangan banyak . Haha



Kau lahir dah lama dah ,

Tapi kertas A5 tebal tu ,

Baru bulan lepas aku sempat bagi ,

Kalau tali tu putus ,

Harap buku tu ,

Kau manfaat kan .




Haaaa ! 

Haritu pergi tempat kelahiran Mahsuri kan ? 

Bila nak tunjuk pemandangan sana ? 

Dengar cerita pemandangan sana indah .

Kita ' Direct ' jelah .

Kan zaman teknologi .



" Eh , kenapa tulis benda ni ? Dah cakap kan saya okay . Benda ni tak patut lah ! "

" Eh , tahu awak okay , tapi awak gembira ? "
" Speechless kan ? "


The happiness is " Temporary "




" Kau nak bagitahu apa sebenar nya ? "

" Nak mintak sesuatu , Aku selalu mintak benda ni dekat kau "

" Kau nak mintak apa ? " 

" Maaf "



 I'm Nobody ,

Nobody is perfect , 

Thus , I'm perfect .


okay . Gurau jelah .

Tak tahu kenapa , 
Tapi bila tali persahabatan tu goyang ,
Aku senyum .

Mungkin aku dah tau hikmah kenapa tali tu goyang ,

Mungkin patut putus kan tali tu ,
Tapi Rasullullah benci siapa yang putuskan tali persaudaraan/persahabatan .

Mungkin tali tu tegang sangat ,
kita kena longgar kan sikit .

Faham kan ? 



" Tapi kenapa " 

" Sebab aku tak kuat "




Dah banyak sangat dah aku bagitahu , Penat .



" Eh aku tak tau lagilah tujuan kau , kau tujukan dekat siapa benda ni sebenar nya . Bagitahu lah "

" entah , aku main tulis je "






P/s : You've done as I requested . But , this is for your friend .






Mulianya Mereka . . .


Informal , Pengalaman 


Baru - baru ni , dalam 12 Nov , kami budak STAM SAMTTAR ada buat program bersama anak - anak yatim dan asnaf . Kami pergi ke dua tempat .

 Rumah Anak Yatim dan Asnaf Al - Barakh , Olak Lempit dan Rumah Anak Yatim dan Asnaf As - Solihin , Kancong Darat .

Jadi , kami pecah . Setiap daripada kami pergi satu tempat sahaja .

Program ni sedikit sebanyak dapat bagitahu aku macam mana kehidupan seharian dorang .


Rumah Anak Yatim dan Asnaf Al - Barakh , Olak Lempit
Fasi perempuan dan anak yatim


Rumah Anak Yatim dan Asnaf Al - Barakh , Olak Lempit
Semuaaa :)

Rumah Anak yatim dan Asnaf As - Solihin , Kancong Darat
Lelaki 

Rumah Anak yatim dan Asnaf As - Solihin , Kancong Darat
Perempuan 

AJK Program anak yatim .
Dan Usatazah Hamidah !


Dekat sini bukan nak cerita balik apa yang berlaku pada hari kejadian . Tapi nak cerita lawatan susulan dua minggu lepas tu , yang sebahagian daripada kami buat ke rumah - rumah itu . 

Mula - mula di rumah anak yatim  (OL) Olak Lempit .




Kalau tengok dekat gambar dah tau , budak laki dekat situ kebanyakan nya kecik lagi . Budak perempuan ramai yang dah matang . Dan bilangan dorang dalam 40 orang .

Masa first sekali buat program . Aku dekat sini . Jadi banyak la aku tahu pasal anak - anak yatim dekat sini . 

Aku gembira , sebab dorang tak jemu bila kitorang datang . Siap tanya lagi , 

" abang , mana abang dengan kakak yang lain " 

Aku jawab lah 

" abang dengan kakak yang lain , kebanyakan rumah jauh dari sini la dik . Tak dapat datang . "

Rindu nya dorang dekat abang dengan kakak yang lain .




Aku datang situ , Aku cuba banding kan keadaan sebelum dan selepas kitorang datang . 

Bukan nak cakap tak berubah , tapi ada peningkatan .

Peningkatan ke arah yang lebih baik  :)



Dan ,
Ada satu perubahan yang ketara , 
yang aku nampak dekat sorang budak perempuan ni ,
orang panggil dia " Kak Long "
boleh kata sedap mata memandang perubahan dia . 
Tahniah kakak - kakak fasi perempuan dan lain - lain .



Anak yatim dan asnaf rumah olak lempit 


Anak yatim dan asnaf rumah olak lempit
Dan Abu Hurairah tersangatlah comel :)


Korang dah  bawak satu jiwa lebih dekat kepada Tuhan .

Dan , aku rasa bukan aku sorang je yang mengaharap perubahan dia kekal . Mengharapkan dia istiqamah . Orang lain pon sama .  Dan harap  , dia mampu ajak kawan - kawan perempuan dia yang lain ikut perubahan dia
 :)

orang selalu cakap " hidayah tu milik Allah , kita usaha . Allah yang decide "




Tak silap aku , selang dua hari , kitorang pergi pulak lawat anak - yatim dekat Kancong Darat (KD) .

Kawan bagitahu , dekat sini bilangan semua dalam 60 orang . Boleh kira bilangan seimbang . Dan ada antara yang lelaki dan perempuan ada yang dah matang . 

Dan aku datang , aku tak tau apa - apa pasal dorang dekat sini . Nama sorang budak pon aku tak tau . err .



Dan aku saje tanya kat sorang budak ni . 

" sihat ? ingat abang lagi tak ? " 

" sihat abang , hmm. tak ingat lah " 

" dah agak dah kau lupa . teruk lah kau ni " 

dalam hati : kau tak ingat ke tak tau ? haha >,<

Anak yatim dan asnaf kancong darat .

Jadi , tujuan asal kitorang datang , hanyalah nak melawat . Takde apa - apa plan . Dan bila Abi jemput ketua lawatan untuk teruskan , haaa . semua kabut .

Dan sorang volunteer bangun  , jadilah tazkirah spontan . haha

Time tazkirah tu sempat la jugak sempat borak - borak . Yelah , tak pernah datang kan . Ada masa pon sekejap . Borak - borak kejap ni harap nya dapat la pecah tembok antara aku dan dorang .





Okay . Lepas tazkirah habis , tau dorang buat apa ?

 Dorang ber "qasidah " . 
Sedap dengar . 
Sejuk hati .




Dan time ni , ada sorang sahabat cakap .

" untung lah dorang . jeles pulak aku "

" kenapa pulak ? " 

" dorang kecik - kecik lagi dah tau qasidah tu apa . dah pandai pakai serban , dah ada jubah sendiri , dah dapat dah bi'ah solehah tu sendiri . " 

dan . Aku senyap . Dan rasa jeles itu pon tiba .




Dan aku mempersoalkan , kenapa dorang dapat rasa semua tu sedangkan aku tidak , kitorang tak ?

Soalan tu lama jugak bersarang .

Dan sampai satu masa . 
Allah bagi jawapan tu . Direct .
Jawapan yang aku kira ,
Aku puas hati dengan jawapan tu .




Starting point hidup dorang berbeza dengan kita . Sangat lah berbeza dengan aku .

Membesar dengan ketiadaan ibubapa . Kalau ada pon , membesar dalam suasana keluarga yang tak aman , dan keadaan yang tak sesuai untuk kanak - kanak membesar .

boleh kata starting point hidup dorang penuh dugaan , cabaraan , dan menyedihkan .




Jadi ,
dengan sebab itu , Allah bagi agama tu sendiri dekat dorang . Allah pasakkan agama dalam jiwa dorang . Melalui perantaraan . Iaitu Ummi dan Abi rumah tu .

Allah bagi agama  dekat dorang , sebab ,

Nak gembirakan hidup dorang , 
Nak tenangkan hati dorang , 
Nak teruskan kehidupan dorang ,
Dengan kekurangan yang besar , 
Dengan ketiadaan ibubapa .
Nak dorang lupakan yang lalu ,
Dan terus kehadapan .

Dan selesaikan/lupakan/atasi cabaran dan dugaan dorang . Dengan agama . 
Semua tu dengan agama .

Mereka takde apa yang aku ada , Jadi mereka diberi .
Aku ada apa yang dorang takde , Jadi aku kena cari .




Dan . Time tu jugak lah . Aku dah tak jeles . 
Sebab , percaturan Allah tu sangat cantik .
Tersusun dengan sangat indah .

Jadi , dengan penglibatan aku dalam program ni , cukup memberi/mengajar aku sesuatu yang berharga . Priceless .

Dan , 
Aku respect Ummi dan Abi kedua - dua rumah anak yatim tu .
Sebab , korban kan kehidupan dorang .
Semata mata nak jaga anak -anak yatim tu , 

Aku respect .

Semoga Allah murah kan rezeki mereka . 
Allah mudah kan urusan mereka .


- budak kayangan -
I've done as you requested .
Heeee :)










Error 404




Semua orang pernah beranggapan bahawa dirinya jahat . Walaupun sekali . Kan ?

Dan terfikir nak berubah .

Tapi ,
Ada bisikan - bisikan jahat yang selalu menghalang kita . Masih ada karat - karat jahiliyah yang belum dikikis sepenuh nya dari hati .  Tapi kita masih ada niat nak berubah .

Tak tau korang pernah rasa ke tidak . Tapi aku pernah .

Dan ,
Berlaku situasi yang mana , bagi orang lain benda tu biasa .

 Tapi
 kita rasa sentap . 
Sentap sangat sampai kan kita terfikir kejadian tu berlaku memang khas untuk kita ,
Setepek kena kat muka kita .
ohhh.

Contoh nya ,
kita tengah lepak ngan kawan kita , bincang pasal sesuatu , dan kita terasa .
Tengah dengar khutbah / kuliah / tazkirah , apa yang disampai kan , direct terus kat hati . sakit .

Kalau kita fikir dalam - dalam .
Itu bantuan daripada Allah untuk kita :)
Untuk kita kuat kan niat kita untuk berubah .
Jadikan niat itu suatu realiti yang menjadi , bukan fantasi semata .

Tapi  , 
walaupun kita tahu teguran tu memang khas untuk kita , 

Kita biarkan ,
biarkan bagai angin yang berlalu pergi tanpa ada apa - apa kesan dalam diri .


Selalu pada permulaan nya ,
Allah belai hati kita dengan cara paling baik , paling bagus , paling manja 
Berulang kali , banyak kali belaian itu datang ,
Tapi kita biarkan peluang keemasan tu pergi .

Dan ,
tiba masa nya peluang tu hilang ,
terus Allah sentap hati kita ,
Dengan sentapan paling dasyat .

Mungkin ,
bila sentapan dah tak bagi apa - apa , 
Allah turunkan bala .

Tapi kali ni , 
bala tu bukan turun kat kita je , 
Turun dekat semua orang ,
S E M U A .

Mungkin itu yang berlaku dekat asrama sekolah aku . 
Allah lagi tahu apa yang disusun . 

Kita hanya perlu mengikut apa yang diatur ,
dengan penuh sabar dan akur ,
tanpa terselit dalam hati ini futur ,
mungkin kemudian nya ada datang kegembiraan yang tak mampu diukur .

Amin .


Error 404 
Aspura does not found 
Even worst , Aspura not exist . Anymore . 

















Mentari Tengah Hari




  بسم الله الرحمن الرحيم  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


 Sedar tak sedar.  
Percaya tak percaya . Terima tak terima . Rasmi tak rasmi .

 Kita seorang pendakwah .
 Seorang Dai'e . Dai'e yang akan menerajui ummah . Ummah yang perlu dikejutkan daripada tidur yang  nyeyak . Sangat nyenyak .  

 Percayalah . 
Tak semua yang bangun daripada tidur itu akan tersenyum gembira , berterima kasih dan akan belanja anda makan malam di hotel lima bintang . Bersedialah . Kerana mungkin orang yang sedang tidur itu telah menyediakan sesuatu yang 'istimewa' kepada sesiapa sahaja yang akan mengejutkannya .  



 Kadang - kadang ,
 kita akan berfikir berkali - kali untuk mengejutkan mereka . Tapi , mereka yang sedang tidur itu  berfikir berjuta kali untuk bangkit daripada tidur mereka . Kenapa pulak begitu ? Kerana  mereka lihat kebanyakan orang yang telah bangkit daripada tidur mereka , lebih kurang sama sahaja dengan mereka . Baik daripada segi perkataan , tingkah laku dan gaya hidup mereka. Dan mereka mengambil keputusan untuk menarik selimut dan teruskan tidur mereka . 

  Berpeluh . Mengeluh . 

  Berpeluh memikirkan masalah yang melanda ummah hari ini . Mengeluh kerana kita tidak yakin kita mampu mengejutkan mereka . 

  Jadi apa yang perlu kita lakukan ? Apa jalan penyelesaiannya ?   

Pening.  



 Tarik nafas . Istighfar . Buka minda .  

Ramai sudah maklum  dimana kunci untuk persoalan itu berada . Kunci itu ada dalam diri kita . Terletak pada kita sama ada kita nak percaya itu kunci yang dicari atau meragui  

       Kita kena usaha . Tidak futur (mengalah) . Dekat dengan Allah . Cari kelompok yang boleh mengistiqamah kan kita di jalan-NYA . Berani melaksanakan amar makruf nahi munkar . Mengamalkan gaya hidup berlandaskan Al Quran dan As - Sunnah.  

 Eh , kejap kejap , 
tu bukan benda - benda yang asas ke ? Alaaa . Asyik benda ni je yang disebut . Takde benda lain ke yang lagi power nak dakwah orang ?   




Awak . 
Kalau benda yang kecil mudah simple , awak tak boleh nak buat , larat kah awak nak galas benda yang lagi power daripada benda - benda asas ni ?  

 Its like a puzzle .  Every small piece have it own role . A small piece complete the whole picture .

 Panas nya bara api . Panas nya sinaran matahari .
 Apa beza nya ? 

Pernah pegang bara api ?
 Tak pun mesti pernah terpegang bara api sebab excited sangat main api time muda mudi dulu .

Panas kan bara api tu . Kalau terpegang boleh melecur tangan . Tapi perasan tak bara api tu , pada peringkat awal nya sahaja yang panas . Semakin lama masa berlalu , semakin sejuk bara api tu . Kita boleh simpulkan yang bara api tu tak sentiasa panas , ada masa akan sejuk juga . 




Kita beralih pula pada sinaran matahari . Apa beza dengan bara api tu ? Beza nya . Sinaran matahari ni konsisten dan konstan panas . Bah kan boleh jadi lagi panas . 




Bayangkan kita berdiri  di padang pada waktu tengah hari tanpa ada awan yang melitupi langit . Kita lurus kan tangan kita kehadapan . Biarkan seketika .
. . . . 
Rasa panas bukan ? 
 Sekarang kita bergerak 100 meter kehadapan . Lakukan perkara yang sama seperti di atas . Kemudian kita ulangi perkara tadi dengan bergerak 100 meter ke kiri , ke kanan , ke belakang dari titik asal dan lakukan perkara  yang sama.

Hasil nya tetap sama bukan ?

Kita bayangkan pula kita berlari mengelilingi padang tadi sebanyak beberapa pusingan . Kita mula kan dengan larian ringan , semakin lama semakin laju dan laju dan sangat laju .

Soalannya , 
apakah kepanasan cahaya matahari itu tadi berkurang apabila semakin laju larian anda ?




Tidak bukan ? 

Kita boleh simpulkan di sini , walau dimana kita bergerak , selaju mana kita berlari , sinaran matahari itu tetap terasa panas nya . Konstan dan konsisten .

Jadi , 
nak kaitkan kita sebagai seorang dai'e perlu memberikan 
mad'u  (orang yang kita dakwah )  kita sesuatu yang sentiasa membakar semangat mereka untuk terus lurus di landasan yang benar . Bukan sesuatu yang hanya memberikan kekuatan kepada mereka pada mula nya sahaja . 

Semangat pada mula tapi tidak konsisten susah juga .
 Kita juga sebagai murabbi perlu merealisasikan , menunjukkan contoh dalam bentuk perbuatan dan bukan bentuk lisan semata . Dalam kata lain , jangan ada sikap suka mengarah kepada mad'u kita sedangkan kita tak buat apa yang kita arah kan tu .

Kadang kadang  mad'u , cerminan bagi murabbi 




Sebelum membuat sesuatu yang lebih drastik , 
kita perlu juga kaji , selidik latar belakang mad'u kita . Tak semua hidup pada awal usia nya dalam suasana islam , tak semua membesar dengan ajaran islam yang sempurna dan tak semua mampu menerima teguran  untuk tidak melakukan perkara itu dan ini walhal perkara itu sudah menjadi rutin harian mereka .

Tapi , 
sekiranya mad'u kita itu membesar dalam didikan agama , bersekolah agama dan mempunyai asas agama yang mantap ,

Berilah penekanan yang lebih padanya . 

Kenapa pulak ? bukan sepatutnya yang sebaliknya ke yang perlu penekanan lebih ?

Hanya beri penekanan yag lebih tak bermaksud mengabaikan kan ? 
Kalau orang yang pada awal usia nya sendiri dah cukup didikan agama dalam dada tapi kita sendiri tak boleh nak tarik mereka lebih dekat kepada islam , 




yakin kah kita , kita mampu tarik mereka yang diluar sana tanpa ada asas agama yang cukup ?  sedangkan mereka yang belajar agama itu sendiri ita tak mampu nak tarik ?

Fikirlah . 
Ini sekadar pendapat .
 Boleh dipertikai dan boleh dibidas .
 Harap coretan ini mampu menyentuh jiwa jiwa di luar sana .
Harap maaf jika isi ini bertentangan dengan pendapat anda .

-budakkayangan- 












































Apa dan Siapa



" weh jom lah solat . Dah masuk waktu da ni . Kalau dah solat nanti sambung la kerja kau tu"


"Weh ! Tak baik tau buat haiwan  macam tu . Terseksa nanti "


" kesabaran orang lain - lain . Tapi masih ada had nya . Kita manusia bukan robot mahupun malaikat ."


Selalu nya , ajakan ke arah kebaikan , nasihat , teguran dan peringatan . Akan dibalas sebegini : 


" Alah . Kau nak solat , solat la dulu . Nanti aku gerak ." Dalam hati terdetik  " dia solat pon tinggal tinggal , nak ajak aku solat , podah "


" kau tak payah acah - acah / bajet - bajet sangat la . Cermin la dulu diri sendiri , baru ceramah orang ."


Persoalannya : Kita lihat apa yang dikatakan atau siapa yang berkata ? 


Perlu ke kita melihat perwatakan , peribadi , akhlak dan tingkah laku seseorang itu , baru kita terima kata - kata nya itu ?


Kalau ya jawapan nya . Sedar tak sedar kita dah menghukum seseorang . Menafikan apa yang dikatakan olehnya sedangkan kata - kata nya mengandungi kebenaran . 


Sedangkan juga , apa yang dikatakan pernah juga dikatakan oleh tokoh tokoh yang lain seperti Nabi Muhammad , para sahabat , ulama - ulama dan perdana menteri .


Tak zalim kah kita ? kerana  meletakkan sesuatu bukan pada tempat nya . 


Pernah kita fikir perasaan yang kita nafi kan kata - kata nya itu ? Niat nya murni . Tapi kita dengan mudah menghukum dia . Sedar tak sedar , tindakan kita boleh jadikan dia lagi jauh dari rahmat Allah . Bukan mendekatkannya lagi .


Dan pernah kita letakkan diri kita ditempat orang yang kita nafikan kata - kata nya itu ? Bersifat empati ? Mungkin .


Pernah atau tidak ? Flashback .


Adalah menjadi kesalahan jika kita menolak kata - kata hanya disebabkan latar belakang ibu bapa nya yang tidak elok . Begitu juga sebalik nya . 


Iman tidak diwarisi  .


Hatta jika kita dapat nasihat ke arah kebaikan  daripada pelacur pun . Kita kena ambik . Sematkan dalam hati . Itu yang sepatut nya  . Dia bagi nasihat mungkin sebab tak nak kita jadi macam dia .


Husnuzzon  :)

Jadi . Soalan : adakah kita melihat apa yang dikatakan atau siapa yang berkata ?
Jawapan : apa yang dikatakan :)

Jadi selepas ini harap kita sama - sama ubah persepsi kita tentang kemelut ini . Ini yang aku mampu coretkan . Ubah menjadi lebih baik dah jadi HERO ummah :)
 

-budakkayangan-


Hanya Ini Yang Mampu aku Coretkan


 بسم الله الرحمن الرحيم  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Ingatlah janji Allah itu benar ,
Sedarkah kita semakin hari kita semakin hanyut ,
Tanpa pendayung disisi untuk menunjukkan jalan yang patut diikut ,
Tanpa sauh yang menghentikan kita daripada terus lalai tersangkut ,
Semakin kita terhibur dengan nikmat dunia daripada pelbagai sudut ,
Tanpa menyedari setiap detik kian menghampiri maut ,
Takut .

Kita alpa dan berlumba - lumba mengejar kemewahan dunia ,
Ada diantara mereka di dalam kelompok yang kecil di luar sana ,
Menyimpan azam yang tinggi untuk mengikut jejak ibu bapa tercinta ,
Menentang musuh - musuh islam yang tumbuh melata serta jelas dan nyata ,
Mengambil peluang yang terbentang luas tetapi berliku dan kelihatan siksa ,
Untuk berada bersama syuhada .

Dalam senarai nama ahli syurga , nama - nama mereka telah terlakar ,
Syurga , didalamnya hanya dihuni oleh orang yang banyak bersabar ,
Serta istiqamah berjihad dijalan Allah tanpa hati yang bergetar ,
Dan tumbangkan segala kezaliman tanpa rasa gentar .

Pasti kita tertanya - tanya walaupun mulut diam membisu ,
Adakah kita ditempatkan di langit yang dipenuhi awan membiru ,
Atau di didalam api yang marak membakar menjadi abu ,
Semua itu kita sendiri yang arif lagi tahu .

Adakah selama ini kita dijadikan hamba oleh hawa nafsu ,
Dan membiarkan iman ini tidak dibaja malah bercelaru ,
Mengemudi diri sewenang - wenangnya ke arah yang kita mahu ,
Tanpa memikir kesudahannya di tempat yang dirindu atau di tempat yang tidak direstu .

Kadang kita diuiji bertubi - tubi untuk menilai tahap keimanan ,
Dibentangkan di depan mata pelbagai kemaksiatan dan kemungkaran ,
Untuk menilai pergerakan respon dan tindakan ,
Adakah datang dengan berani bertujuan untuk membangkang dan membetulkan ,
Atau menyorok disebalik kegelapan menggigil ketakutan ?

Andai menggigil ketakutan langkah dan tindakan yang digunakan ,
Ya Allah , berilah kekuatan , kesabaran dan ketabahan ,
Untuk menghadapi dugaan yang semakin lama semakin susah untuk ditelan ,
Agar umat zaman ini menjadi menjadi umat terbaik sepanjang zaman .

Andai coretan ini tidak mampu mengetuk pintu hati ,
Maaf dipinta dihulur dan diberi ,
Kerana diri ini hanyalah semata - mata hamba abdi ,
Yang selalu futur dan berusaha untuk mengikut syariat ilahi ,
Hanya itulah yang mampu aku coretkan pada hari ini .


- budakkayangan -