Mentari Tengah Hari




  بسم الله الرحمن الرحيم  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


 Sedar tak sedar.  
Percaya tak percaya . Terima tak terima . Rasmi tak rasmi .

 Kita seorang pendakwah .
 Seorang Dai'e . Dai'e yang akan menerajui ummah . Ummah yang perlu dikejutkan daripada tidur yang  nyeyak . Sangat nyenyak .  

 Percayalah . 
Tak semua yang bangun daripada tidur itu akan tersenyum gembira , berterima kasih dan akan belanja anda makan malam di hotel lima bintang . Bersedialah . Kerana mungkin orang yang sedang tidur itu telah menyediakan sesuatu yang 'istimewa' kepada sesiapa sahaja yang akan mengejutkannya .  



 Kadang - kadang ,
 kita akan berfikir berkali - kali untuk mengejutkan mereka . Tapi , mereka yang sedang tidur itu  berfikir berjuta kali untuk bangkit daripada tidur mereka . Kenapa pulak begitu ? Kerana  mereka lihat kebanyakan orang yang telah bangkit daripada tidur mereka , lebih kurang sama sahaja dengan mereka . Baik daripada segi perkataan , tingkah laku dan gaya hidup mereka. Dan mereka mengambil keputusan untuk menarik selimut dan teruskan tidur mereka . 

  Berpeluh . Mengeluh . 

  Berpeluh memikirkan masalah yang melanda ummah hari ini . Mengeluh kerana kita tidak yakin kita mampu mengejutkan mereka . 

  Jadi apa yang perlu kita lakukan ? Apa jalan penyelesaiannya ?   

Pening.  



 Tarik nafas . Istighfar . Buka minda .  

Ramai sudah maklum  dimana kunci untuk persoalan itu berada . Kunci itu ada dalam diri kita . Terletak pada kita sama ada kita nak percaya itu kunci yang dicari atau meragui  

       Kita kena usaha . Tidak futur (mengalah) . Dekat dengan Allah . Cari kelompok yang boleh mengistiqamah kan kita di jalan-NYA . Berani melaksanakan amar makruf nahi munkar . Mengamalkan gaya hidup berlandaskan Al Quran dan As - Sunnah.  

 Eh , kejap kejap , 
tu bukan benda - benda yang asas ke ? Alaaa . Asyik benda ni je yang disebut . Takde benda lain ke yang lagi power nak dakwah orang ?   




Awak . 
Kalau benda yang kecil mudah simple , awak tak boleh nak buat , larat kah awak nak galas benda yang lagi power daripada benda - benda asas ni ?  

 Its like a puzzle .  Every small piece have it own role . A small piece complete the whole picture .

 Panas nya bara api . Panas nya sinaran matahari .
 Apa beza nya ? 

Pernah pegang bara api ?
 Tak pun mesti pernah terpegang bara api sebab excited sangat main api time muda mudi dulu .

Panas kan bara api tu . Kalau terpegang boleh melecur tangan . Tapi perasan tak bara api tu , pada peringkat awal nya sahaja yang panas . Semakin lama masa berlalu , semakin sejuk bara api tu . Kita boleh simpulkan yang bara api tu tak sentiasa panas , ada masa akan sejuk juga . 




Kita beralih pula pada sinaran matahari . Apa beza dengan bara api tu ? Beza nya . Sinaran matahari ni konsisten dan konstan panas . Bah kan boleh jadi lagi panas . 




Bayangkan kita berdiri  di padang pada waktu tengah hari tanpa ada awan yang melitupi langit . Kita lurus kan tangan kita kehadapan . Biarkan seketika .
. . . . 
Rasa panas bukan ? 
 Sekarang kita bergerak 100 meter kehadapan . Lakukan perkara yang sama seperti di atas . Kemudian kita ulangi perkara tadi dengan bergerak 100 meter ke kiri , ke kanan , ke belakang dari titik asal dan lakukan perkara  yang sama.

Hasil nya tetap sama bukan ?

Kita bayangkan pula kita berlari mengelilingi padang tadi sebanyak beberapa pusingan . Kita mula kan dengan larian ringan , semakin lama semakin laju dan laju dan sangat laju .

Soalannya , 
apakah kepanasan cahaya matahari itu tadi berkurang apabila semakin laju larian anda ?




Tidak bukan ? 

Kita boleh simpulkan di sini , walau dimana kita bergerak , selaju mana kita berlari , sinaran matahari itu tetap terasa panas nya . Konstan dan konsisten .

Jadi , 
nak kaitkan kita sebagai seorang dai'e perlu memberikan 
mad'u  (orang yang kita dakwah )  kita sesuatu yang sentiasa membakar semangat mereka untuk terus lurus di landasan yang benar . Bukan sesuatu yang hanya memberikan kekuatan kepada mereka pada mula nya sahaja . 

Semangat pada mula tapi tidak konsisten susah juga .
 Kita juga sebagai murabbi perlu merealisasikan , menunjukkan contoh dalam bentuk perbuatan dan bukan bentuk lisan semata . Dalam kata lain , jangan ada sikap suka mengarah kepada mad'u kita sedangkan kita tak buat apa yang kita arah kan tu .

Kadang kadang  mad'u , cerminan bagi murabbi 




Sebelum membuat sesuatu yang lebih drastik , 
kita perlu juga kaji , selidik latar belakang mad'u kita . Tak semua hidup pada awal usia nya dalam suasana islam , tak semua membesar dengan ajaran islam yang sempurna dan tak semua mampu menerima teguran  untuk tidak melakukan perkara itu dan ini walhal perkara itu sudah menjadi rutin harian mereka .

Tapi , 
sekiranya mad'u kita itu membesar dalam didikan agama , bersekolah agama dan mempunyai asas agama yang mantap ,

Berilah penekanan yang lebih padanya . 

Kenapa pulak ? bukan sepatutnya yang sebaliknya ke yang perlu penekanan lebih ?

Hanya beri penekanan yag lebih tak bermaksud mengabaikan kan ? 
Kalau orang yang pada awal usia nya sendiri dah cukup didikan agama dalam dada tapi kita sendiri tak boleh nak tarik mereka lebih dekat kepada islam , 




yakin kah kita , kita mampu tarik mereka yang diluar sana tanpa ada asas agama yang cukup ?  sedangkan mereka yang belajar agama itu sendiri ita tak mampu nak tarik ?

Fikirlah . 
Ini sekadar pendapat .
 Boleh dipertikai dan boleh dibidas .
 Harap coretan ini mampu menyentuh jiwa jiwa di luar sana .
Harap maaf jika isi ini bertentangan dengan pendapat anda .

-budakkayangan-