Anaphase II




بسم الله الرحمن الرحيم  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kalau  belajar Biology , 
Anaphase II bermaksud berpisah nya kromatid kembar menuju ke kutub berlawanan  .
Tapi , apa kaitan Anapahse II dengan post kali in ?

Pejam celik kita dah masuk bulan ramadhan minggu kedua atau fasa II kan ?
Kenapa dengan minggu kedua ?
Maksudnnya Raya tinggal seminggu lebih lagi la kan , Hoorey !
Chopp ! Tapi bukan itu yang ana nak bagitahu ,
Minggu kedua ni , rebutlah peluang meminta ampun kepada ALLAH .


Jadilah kita seperti kromatid kembar dalam proses Anaphase II  yang meninggalkan  tempat asalnya bergerak menuju kutub berlawanan , Kita bergerak lah dari perangai jahil kita  minta maaf / ampun kepada Allah dengan meniggalkan perkara maksiat .

Seperti dalam hadis :
 Awalnya rahmat , pertengahannya keampunan dan akhirnya adalah pembebasan daripada neraka 
(HR Muslim)

Keampunan @ Kemaafaan .
Pada pendapat ana , bila berkaitan dengan perkataan ini , akan muncul dua golongan. 



   1) Orang yang meminta maaf 
2) Orang yang memaafkan

Dan akan muncul lagi dua golongan daripada golongan - golongan ini .

i) Orang yang ingin dirinya dimaafkan
ii) Orang yang tidak mahu dirinya dimaafkan

i) Orang yang suka memaafkan orang lain
ii) Orang yang tidak  memaafkan orang tertentu sahaja




Ana nak kupas mengenai golongan orang yang tidak  memaafkan orang tertentu sahaja .
Ana bukan nak mengkritik golongan ini . Cuma ingin menegur .
Mungkin .





Persoalan yang selalu menerjah masuk bagaikan peluru  ke dalam otak ana ,
Kenapa tak maafkan orang itu ?
Mungkin orang lain membuat sesuatu yang dia tak suka ,
walaupun benda yang dibuat itu dianggap sesuatu yang remeh pada pandangan orang lain.

" kau tak rasa macam mana sakit hati ni bila dia buat macam tu .
Sebab tu aku tak nak maafkan dia . Tak nak cakap dengan dia .
 Tak nak pandang muka dia . Kalau nampak dia , aku tak nak bagi salam ,
 aku nak lari . Tak nak tengok muka dia dah  menyampah ! "


Jadi kalau begitu , anda pernah rasa apa yang Nabi Muhammad rasa ? 
Dibaling najis ketika solat ?
Dibaling batu ketika berdakwah ?
Dicederakan sehingga patah gigi baginda dan hampir pengsan ?
Disentap kain dileher dengan kasar kerana benda2 remeh ?
Pernah ? Pernah ? Pernah ?


Sedangkan Nabi yang selalu dicaci maki , dipukul dengan teruk pon maaf kan orang lain tau .

Ni kita tak maaf kan orang lain , nak balas dendam dan marah - marah orang lain
 sebab benda kecik je .
 Banyak bukti dan kelebihan orang yang memaafkan orang lain .
Antaranya :


“Barangsiapa yang didatangi  saudaranya yang hendak meminta maaf , hendaklah memaafkannya , apakah ia berada dipihak  yang benar ataukah yang salah, apabila tidak melakukan hal  tersebut (memaafkan) , nescaya tidak akan mendatangi telagaku (di akhirat) (HR Al-Hakim)


Dari Muaz r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa menelan kemarahannya sedangkan dia berkuasa untuk membalas kemarahannya itu, maka pada hari kiamat kelak Allah akan memanggilnya di hadapan seluruh makhluk dan dia diberi peluang untuk memilih bidadari mana sahaja yang dia sukai.”
(HR Abu Daud)



Ali-Imran [134]……….dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang“ Allah akan memaafkannya dan diberikan Syurga


Nampak tak betapa besar ganjaran nya ?
kita akan dapat lebih banyak kebaikan daripada keburukan
kalau kita maafkan orang lain . 


Dan ada bebrapa tips untuk memaafkan orang lain .
Antaranya :
# Lakukan untuk diri anda
# Berfikiran positif dan sabar
# Ungkapkan isi hati anda
# Lupakan siapa yang salah , Siapa yang benar
Jadi , ana kat sini nak minta maaf , ana tahu ana bukan lah seperti malaikat yang sentiasa patuh , Ana buat dosa juga. Dosa degan manusia , dosa dengan Allah , Jadi kepada sesiapa yang pernah ana buat salah kepadanya sehingga menyinggung hati dan perasannya ,
Maafkanlah ana , maafkanlah ana dan maafkanlah ana.
 Kerana hati ini tidak tenang jika maaf tidak diterima

 "Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa kepada saudaranya lebih dari tigas hari, maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawab salamnya, maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu” 
( Riwayat Abu Daud , riwayat dari abu daud ini dhoif tetapi terdapat riwayat sohih dari al-bukhari )

Capital A
Ana tahu ana salah . Setiap manusia buat salah .  Ana tahu ana bukan lah sesiapa yang penting.
Seriusly , ana minta maaf . Harap maaf ana diterima . 





4 comments:

mabruk :D

 

tinta yang penuh dengan hikmah .

 

Nice :) aku pun minx maaf gak~

 

Post a Comment