Kekasih Allah


بسم الله الرحمن الرحيم  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Nabi Muhammad 
Kekasih Allah , 
Kelahiran nya , membawa sinar baru ,
Membawa harapan , kepada seluruh umat . 


Awal kehidupan nya , Penuh cabaran ,
Mendidik sifat sabar , dalam diri ,
Tidak ada yang sesabar nabi ,
Dalam menghadapi cabaran .


Sentiasa bersyukur , dengan nikmat yang ada ,
Sentiasa memaafkan orang lain ,
Sentisa bangun malam , untuk beribadah ,
Sentiasa membasahkan lidah , berzikir ,
Mengingati Allah .


Menghormati orang lain ,
Menghormati pendapat orang lain ,
Sentiasa merendah diri ,
Tidak terburu-buru membuat keputusan .


Pengorbanan mu , Sangat lah besar ,
tidak terbalas .


Walau pun telah dijamin syurga ,
Dijamin dihapuskan segala dosa nya ,
Tapi diri nya tidak pernah lekang meminta ampun ,
Kepada Allah .

Di saat - saat akhir hayat nya , 
Tetap memikirkan umat  ,
Tidak memikirkan diri  , 
Yang akan mengahadapi skaratul maut .


Subhanallah .



Ya Allah ,
Aku sangat malu kepada Mu ,
Sangat malu untuk berjumpa  Mu ,
Berjumpa kekasih Mu ,
Di akhirat kelak .
Aku tidak pasti , sama ada aku layak ,
atau tidak ,

Ya Muhammad ,
Engkau tetap memikirkan kami umat mu ini ,
Tetapi ,
 kami lalai mengingati mu ,
Kadang - kadang hanya pada hari kelahiran mu sahaja ,
kami ingat pada mu ,
Hanya hari itu sahaja .
Tidak pada hari yang lain .


Wahai muslimin dan muslimat ,
Bangkit lah !
Sedarlah kita sudah terlalu jauh ,
sangat jauh ,
meninggalkan baginda .



Kami rindu pada mu wahai Muhammad .


Tetap
i ,
Apakah bukti nya ?

Adakah dengan minum arak ?
Adakah dengan memakan harta anak yatim ?
Adakah dengan menderhaka kepada ibu bapa ?
Adakah dengan berdua duaan berlainan jantina ?


Tidak , Tidak ,



Marilah kita sama - sama ,
memupuk sifat ,
 Mencontohi Rasulullah !
Mengamalkan sunnah nya !
Mencontohi sifat terpuji nya .




Ya Allah , Tingkatkan lah ketakwaan dalam diri ini ,
Berilah kekuatan dalam diri ini ,
Sentiasa mengingati Mu , Mengingati kekasih Mu ,

Tabah kan kami ,
Mengahadapi cabaran ,
Bantu kami mengamal kan sifat mahmudah ,
dan ,
buang kan sifat mazmumah dalam diri kami .



Amin . 





























Berhijrah Tanpa Berlian .






Dah nak genap dah setahun ana berhijrah tanpa berlian ana .Yang dahulu dan selalu nya sentiasa ada di sisi ana. Sepanjang ketiadaan berlian ana tu , macam macam ana rase . Sedih , rindu , janggal  . Kenapa rase macam tu ? sebab sepanjang berlian tu ada , ana jarang rasa sedih , rindu , janggal . Yang tahu ana rase gembire je sepanjang masa . Tapi sekarang ana terpisah .Ana berhijrah dan berpisah dengan kehendak ana sendiri . Xde sape pakse . Walau pon hati berat sangat , ana rasa jalan yang ana ambil ni jalan yang benar . Sebab banyak jawapan , gambaran , mimpi yang ana dapat semua tunjuk yang ana akan pindah.




Kenapa mesti pindah ? Sebab ana nak mencari/mengumpul/menimba lebih banyak ilmu lagi . Ana nak keluar dari kepompong yang lame . Dan mulakan hidup baru , misi baru , impian baru . Nak kumpul banyak banyak ilmu untuk kejayaan dunia dan akhirat . Serta mencapai keredhaan Allah . Mungkin dengan tinggalkan berlian ana untuk seketika boleh bantu ana capai hajat ana . In Shaa Allah . Amin .


Berdasarkan clue2 di atas , anta/anti tahu apa maksud berlian yang ana maksudkan ? Cube teka . . . JengJengJeng . . .  Maksud nye kat sini ialah : teman sejati , BFF , sahabat karib , kawan baik . Dan mereka berlian2 yang ana maksudkan .

Rafi'uddin Bin Mat Lajim


Muhd Yusuf


Muhd Afif Bin Adeni


Kenapa sinonim kan teman sejati , BFF , sahabat karib , kawan baik dengan berlian ? Apa kaitan nya ? kenapa ? Mengapa ? " Sebab bagi ana kawan baik tu sangat berharga seperti berlian . Atau lebih .Mungkin .Bukan senang nak cari kawan baik yang betul betul baik , dan berlian bukan murah harga nya .Bagi ana , mencari kawan baik seperti " mencari berlian dalam serpihan kaca " . Sebab cari berlian dalam serpihan kaca yang banyak bukan kerja mudah . Mengelirukan . Memeningkan .Mungkin sebab karakteristik nya hampir sama . Mungkin .Terdapat banyak kemungkinan yang akan berlaku . Antara nya , kita mungkin dah dapat jumpa berlian tu tapi kita sendiri tak yakin ape betul itu berlian yang sebenar , lalu kita buang dan terus kan mencari . Atau mungkin kita terambil serpihan kaca dan kita yakin itu berlian . Lalu kita bermain main dengan nya dan akhir nya melukakan kita . Dekat sini berlian bermaksud kawan baik , dan serpihan kaca bermaksud musuh .


Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, bermaksud: “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”



Dan ana rasa bersyukur sangat2 sebab pencarian ana tak lama . Dan ana yakin mereka berlian yang ana cari . Banyak bantu ana , mendisiplin kan ana dengan cara  amar makruf nahi munkar . Bersabar layan kerenah ana walaupon ana suka kacau orang . Walau pon ana tak pasti sampai bila ana dapat bersama mereka . Tapi ana bersyukur dapat kenal dan berkawan dengan mereka . Alhamdulillah  :)

Hadis Rasululah SAW yang bermaksud, “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.”(Hadis riwayat Abu Daud).



Semua manusia lemah , perlukan bantuan untuk hidup dan mustahil untuk berdiri sendiri .Ada banyak kelemahan dan kelebihan . Tapi dengan kelebihan tu mereka saling melengkapi , bantu membantu antara satu sama lain , Itu membuat kan mereka istimewa .Sangat istimewa .Mereka kawan paling baik ana yang ana percaya selepas ibu bapa .Itu pandangan ana , Dan perspektif orang lain . Mungkin ana saje yang anggap dorang berlian ana tapi mereka xanggap ana macam yang ana anggap . Segala kemungkinan ada , Tapi ana xkesah , Ana bukan lah sesiapa dekat hati mereka .Ana tahu hakikat tu . Bukan sesiapa yang nak pilih2 kawan . Kadang2 ana rasa ana xlayak nak kawan dengan mereka . Mungkin sebab mereka terlalu baik untuk ana .




Dan hari ni 12/01/2013 ana diberi kesempatan untuk jumpa dengan berlian2 ana . Gembire xterkata . Dan ada salah sorang cakap "kat sini sume ade . tula sape suro kau pindah . " ana  terkilan bile dengar . Tapi ana tak balas kata2 dia tu . Ana diam dan tersenyum .Apa yang dia cakap ada betul nya . Let bygone be bygone . Mungkin ada hikmah kenapa Allah takdir kan begitu , 


Terdapat tiga golongan sahabat : 

1 . Kenalan  :orang hanya kita kenal tapi kadang2 bersua

2 . Kawan : orang banyak kita habis kan masa bersama nya ,
 tapi masih belum boleh dipercayai sepenuh nya .

3 . Sahabat karib : Orang yang kita percayai , meletakkan harapan 
yang tinggi kepada nya , dan susah hendak dicari



Ana minta maaf banyak2 jikalau post ana yang ni xbanyak input yang anta/anti boleh dapat . Ana tujukan post ni khas untuk berlian2 ana . Supaya mereka tahu betape penting nya mereka pada ana , betapa besar nya harapan yang ana letakkan kat mereka . Ana xmampu luah kan dekat mereka dengan kata2 , jadi melalui medium ini yang ana gunakan unutk sampai kan dekat mereka apa isi hati ana . :)


Ukhwah Fillah ,Bertemu dan Berpisah kerana Allah .
:)






******************************************************************************************





























































































Senjata Yang Sering Dilupakan.


 بسم الله الرحمن الرحيم  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Senjata Yang Sering Dilupakan ? Macam pelik je bunyi nye. Tidak mengapa nanti ana terangkan. Tapi sebelum tu ana nak tanye. Bile cakap pasal senjata je , apa yang korang bayangkan dalam kepala ? Mesti sesuatu benda yang tajam dan bahaya dan boleh cederakan/bunuh orang macam pisau , parang,pistol dal lain2 kan ? Tapi bukan tu yang ana maksudkan kat sini. Maksud senjata kat sini ialah DOA.




RASULULLAH S.A.W. ada bersabda bahawa DOA ADALAH OTAK IBADAH... manakala di tempat lain Baginda S.A.W. bersabda bahawa DOA ADALAH SENJATA orang-orang yang beriman. 

Kalau time berdoa ni , berdoa la dengan bersungguh-sungguh. Yelah , sebab kita berdoa kita bukan minta dengan manusia , kita minta dengan ALLAH , tuhan sekalian alam. Jadi kalau nak berdoa , berdoa dengan penuh keikhlasan , penuh ketenangan dan penuh beradab. Beradab ? hmm. Yela , beradab. Same macam kalau kita nak minta hadiah daripada ibu ayah. Kita mesti cakap dengan sopan , lemah lembut , tak tinggi kan suare kan ? Buat macam tu biar ibu ayah senang nak bagi. Then , same la juga kita minta dengan ALLAH. Bukan minta dengan manusia je ada adab nye, tapi kalau dengan ALLAH pon ada adab nye . Baru ALLAH senang nak makbulkan :)


Antara nye : 
  • Menghadap ke Qiblat dengan mengangkat dua belah tangan sehingga nampak ketiaknya dan menyapu dua tangan ke muka apabila selesai berdoa.
  • Tidak mengangkat suara di waktu berdoa.
  • Doa susunan katanya tidak memberatkan dan tidak bersajak.
  • Berdoa dengan penuh perhatian dan mengulang-ulang sebutan.
  • Memulai doa dengan menyebut nama Allah dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  • Membersihkan batin dengan bertaubat kepada Allah dan hanya menerima Allah sepenuhnya.
  • Bersih badan dari kekotoran hadas dan najis.  

Tapi ada certain orang dia doa macam nak xnak je. Hmm.. Doa ni bukan susah sangat . Dan xdela lama sangat pon. Setakat 5minit  berdoa bukan la lame sangat kalau nak dibandingkan  dengan 24jam yang kita ada untuk sehari. Ini tidak ,asyik besarkan yang duniawi je. Yang untuk akhirat di pinggir kan . Kita hidup pon xtahu lama mane lagi . Berjam - jam depan FB , Twitter , bersengkang mata sampai pagi boleh je. Tidak ada salah nye kalau kita luang kan masa sikit untuk berdoa . In shaa Allah kita jugak yang dapat manfaat nye :)




Allah berfirman maksudnya "Minta doalah daripadaKu, nescaya aku akan menerima doamu" 

(al-Mukmin 60)



Ada juga segelintir orang ni berdoa , Dah ok dah tu . Tapi xsungguh-sungguh . Memang kurang molek la camtu . Doa nye lebih kurang macam ni . "Ya Allah , kabulkan lah segala permintaan ku . permintaan ku sama seperti semalam dan yang lepas2. Amin "  Errk ==" Alang-alang dah berdoa tu biar la kasi panjang/sempurna . Kita minta ni minta dengan ALLAH , bukan dengan makhluk nye . Lagi pon , permintaan kita xsemestinye same 100% macam semalam. Sebab hati manusia ni sentiasa berubah-ubah.


Allah doesn't expect you to be perfect. He expects you to try your best to be as close as you can, to perfection :)


Manusia . Tidak semua nya sempurna . Jadi x hairan lah kalau setiap perkara yang dilakukan dengan tidak menentu , jadi atau tidak , khusyuk atau tidak . Kalau nak berubah ke arah lebih baik semua nya terletak di tangan kita sendiri . Dan syaitan/jin juga ada. Dan sentiasa bersedia untuk menghasut ke arah kesesatan , menarik masuk ke dalam neraka , dan melalaikan kita tidak kira masa sama ada dalam ibadah atau tidak .



Sedang kan Nabi Muhammad yang Allah dah jamin syurga , dipelihara daripada perkara2 maksiat pon berdoa , minta kat Allah. Subhanallah .


" oh ye x yela . Kerja kimia xsiap lagi . aduh ! " , "hmm.. tadi ummi masak ape ye. time ambil wudu' tadi bau macam sedap je. tak sabar nak makan " , " tadi tengok jam dah macam lambat je , dah xmandi lagi , kejap lagi nak tusyen ni . waduh2 ! mcm mane ni "



Ada orang , macam ana , bila berdoa je mesti tak khusyuk . Fikiran selalu terbang tah ke mane2 . Sentiasa fikir kan benda2 duniawi . Padahal time tu tengah tadah tangan , amin kan doa imam . Disebabkan dah tak puas hati sgt , Ana pon surf internet , godek2 kejap ,  jumpe ape yang ana cari . " Bagaimana hendak khusyuk ketika berdoa. " Alang2 dah jumpe ana kongsikan sekali kat sini . Harap bermanfaat  :)


  • TELINGA: - Dengar apa yang didoakan oleh mulut kita...
  • MULUT: - Membicarakan doa, dan memahami apa yang dibicarakan...
  • HATI: - Ikhlas @ mengharap dan yakin doa akan dimakbulkan...
  • OTAK @ FIKIRAN: - Menggambarkan apa yang didoakan...
  • MATA: - Cari mana-mana titik atau garisan di tapak tangan, dan fokuskan mata anda statik pada titik itu...
  • TANGAN: - Menadahmya bersungguh-sungguh, angkat setinggi dada atau tinggi sedikit, rapatkan kedua-dua telapak tangan. ikhlas dengan penuh kehambaan.




" kenapa benda yang selalu aku mintak dekat Allah xpernah nak dapat ? " , " Ah!!! kenapa jadi camni ! asyik2 dapat D je . Aku dah usaha habis2 dah ni . Kenapa xdapt A jugak . Kenapa ?! Aku da qiam , berdoa  da banyak kali  , mintak sungguh2 dekat Allah . Tapi kenapa xdapat jugak ?! "

Ana pon pernah jugak alami situasi mcm ni . Rasa kecewa , marah , sedih . Semua ada . Tapi bila ana fikir2 balik , ada hikmah kot kenapa sume ni jadi . Xsemestinya apa yang kita minta kita mesti dapat , ada kala nya Allah xbagi apa yang kita minta sebab mungkin kita akan  lalai  , menghampiri maksiat , bangga diri . Mungkin . Sebab Allah tahu apa yang kita xtahu.  


Allah SWT always has 3 replies to our prayers.

1. Yes.
2. Yes, but not now.
3. I have a better plan for you.

There's never a NO :)


Itulah bukti Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kita sebagai hamba hanya perlu terus minta dan meminta kepadaNya tanpa berasa jemu. Cepat atau lambat, semua kerja Allah
Kita sebagai hambaNYA kena lah yakin dan berusaha unutk dapat kan apa yang kita doa kan.  Dan kena lah yakin juga yang Allah sentiasa dekat dengan kita :) Kalau kita ingat Allah , Allah lagi la ingat kat kita . So sweet kan ? :) Dan kalau nak elak maksiat , perkara paling senang ialah ingat Allah . Dan ingat jgak Allah sentiasa memerhati kan kita setiap masa .



Sebelum anda mengundur diri , ana nak mohon maaf jikalau ada sesiapa yang tersinggung dengan penulisan ana , Kita sama2 lemah , jadi mari lah sama2 kita lebih mendekat kan diri dan mengejar keredhaan Allah. Dan maaf juga kalau post ana yang ni kurang bermanfaat , tiada isi , berceloteh je bnyk . Ana minta maaf bnyk2 .Ana masih baru , dan masih perlu dibimbing :)





***************************************************************************************************




















Muqaddimah :)

 بسم الله الرحمن الرحيم  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    

Nama ana Azrin Hanafi Bin Nor Zaini. Orang selalu panggil ana Azrin. Jarang panggil Hanafi . Kalau nak panggil pon ana terima. Sebelum ana mengorak langkah dan bicara yang lebih jauh , ana nak ucapkan terima kasih dekat sahabat ana yang bantu ana buat blog ni  :)  Entah kenapa tiba-tiba hati ana tergerak nak buat blog ni. Mungkin sebab ramai kawan ana yang dah ada blog , dan blog dorang sume awesome2 belaka. Ana nak rasa juga macam mana orang lain rasa. Mungkin.


In Shaa Allah skop perbincangan yang akan ana ketengahkan lebih ke nasihat dan galakan kot. Ana tahu ana bukan lah seorang insan yang sempurna nak bagi nasihat2 ni sume dekat orang lain . Tapi bile ana bagi nasihat dekat orang lain , secara tak langsung ana rase ana menasihati/muhasabah diri ana sendiri.
So , we gain the benefit that are two-fold. Kita sama2 dapat faedahnye ataupun mutualism .


Dan ana nak ucapkan terima kasih jugak dekat sahabat2 ana yang memberi dan men"suggest"kan URL untuk blog ni. Pemberi nama "budak kayangan" dari kaum hawa dan pen"suggest" dari kaum adam. Terima kasih banyak2 dekat dorang, Kalau dorang xbagi nama tu ana xtahu nak letak name ape.



Ana ni masih beginner/newbie dalam bab2 blogging ni. . Jadi kalau ada pape yang xkena, ana harap tolong ajar/guide ana. Dan kalau ada sape2 yang tersinggung dengan penulisan ana , ana assif , ana xde niat nak singgung hati orang lain. Dan ana minta maaf banyak2 kalau ana asyik berceloteh je. Mean , banyak cakap tapi benda yang ana cakap kan tu xde isi/point yang berguna. Hanya lah kata2 yang kosong semata-mata. Ana assif.Sebagai permulaan, sampai sini jela yang ana coretkan.Semoga blog ini dapat bantu ana dekat akhirat kelak, Dan semoga blog ni berguna kepada sume orang.
















Assalaamualaikum!!


                                 "Al-Aqlu Salim fil Jismi Salim.."

                    Akal yang sihat terletak pada tubuh yang sihat!