Hidup dalam dunia kedua yang sementara ,
Banyaknya manusia yang menipu dan ditipu .
Penipu yang paling besar ialah syaitan .
Semua orang boleh ditipu . Dan menipu .
Bukanlah daripada golongan anak kecil sahaja ,
Orang tua , ahli politik , pengemis , pemuda tarbawi ,
Para guru , makcik penjual kuih , abang carwash tepi jalan
pon boleh menipu dan ditipu .
Selain syaitan ,
Ada lagi yang mampu menipu manusia sejagat ,
Dengan penipuan lebih dahsyat .
Apa dia ?
R I A K .
Bagaimana riak mampu memesongkan manusia di jalan yang
terpesong ?
Apabila manusia diberi nikmat dan dia tidak kembali kepada
tujuan utama dia diberi nikmat itu .
Dia diberi nikmat menghafal Al-quran ,
Dengan tekun dia menghafal Quran sehingga habis ,
Dan apabila terdetik di dalam dirinya
“ aku mampu menghafal quran dalam masa yang singkat. Orang
lain tak mampu buat macam apa aku buat “
Timbul riak dan ujub dihati ,
Dan telah lari daripada tujuan utama dia mengahafal Quran .
Iaitu untuk beramal dengan nya .
Sampai satu tahap ,
Riak membuat kita tuli dengan nasihat orang lain ,
Tidak mahu mendengar nasihat tapi terus membei nasihat .
Buta dengan kebaikan amalan orang lain ,
Mengaggap amalannya paling bagus daripada orang lain .
Disebabkan riak ini juga ,
Membataskan pemikiran akal ke tahap yang lebih tinggi ,
Disempitkan pemikirannya dengan kehebatan diri sendiri ,
Yang akhirnya memakan diri .
Muhasabah diri .
Dapat membantu membuang riak dalam hati .
Setiap hari luangkan masa untuk muhasabah diri ,
Periksa diri sendiri apa yang tidak kena ,
Dan sama sama berpindah ,
Ke jalan lebih baik .
Abu Darda’ Al-Ansari pernah berkata . Mafhumnya :
Amalan ahli taqwa sebesar semut itu lebih baik daripada
segunung amalan yang dikerjakan oleh orang bukan ahlinya dan bersifat riak .
Tipu daya sekarang memang tumbuh melata ,
Tanya pada hati adakah cukup kuat atau gentar ,
Mengambil posisi mengharung tribulasi ,
Sama ada teguh berdiri atau rebah dibawah matahari .
0 comments:
Post a Comment