6 . T I P U D A Y A




Hidup dalam dunia kedua yang sementara ,
Banyaknya manusia yang menipu dan ditipu .
Penipu yang paling besar ialah syaitan .

Semua orang boleh ditipu . Dan menipu .
Bukanlah daripada golongan anak kecil sahaja ,
Orang tua , ahli politik , pengemis , pemuda tarbawi  ,
Para guru , makcik penjual kuih , abang carwash tepi jalan pon boleh menipu dan ditipu .

Selain syaitan ,
Ada lagi yang mampu menipu manusia sejagat ,
Dengan penipuan lebih dahsyat .

Apa dia ?
R I A K .

Bagaimana riak mampu memesongkan manusia di jalan yang terpesong ?
Apabila manusia diberi nikmat dan dia tidak kembali kepada tujuan utama dia diberi nikmat itu .

Dia diberi nikmat menghafal Al-quran ,
Dengan tekun dia menghafal Quran sehingga habis ,
Dan apabila terdetik di dalam dirinya
“ aku mampu menghafal quran dalam masa yang singkat. Orang lain tak mampu buat macam apa aku buat  “
Timbul riak dan ujub dihati ,
Dan telah lari daripada tujuan utama dia mengahafal Quran .
Iaitu untuk beramal dengan nya .


Sampai satu tahap ,
Riak membuat kita tuli dengan nasihat orang lain ,
Tidak mahu mendengar nasihat tapi terus membei nasihat .
Buta dengan kebaikan amalan orang lain ,
Mengaggap amalannya paling bagus daripada orang lain .

Disebabkan riak ini juga ,
Membataskan pemikiran akal ke tahap yang lebih tinggi ,
Disempitkan pemikirannya dengan kehebatan diri sendiri  ,
Yang akhirnya memakan diri .


Muhasabah diri .
Dapat membantu membuang riak dalam hati .
Setiap hari luangkan masa untuk muhasabah diri ,
Periksa diri sendiri apa yang tidak kena ,
Dan sama sama berpindah ,
Ke jalan lebih baik .

Abu Darda’ Al-Ansari pernah berkata . Mafhumnya :

Amalan ahli taqwa sebesar semut itu lebih baik daripada segunung amalan yang dikerjakan oleh orang bukan ahlinya dan bersifat riak .


Tipu daya sekarang memang tumbuh melata ,
Tanya pada hati adakah cukup kuat atau gentar ,
Mengambil posisi mengharung tribulasi ,
Sama ada teguh berdiri atau rebah dibawah matahari .


0 comments:

Post a Comment