M U L A .


WARNING

Post ini agak panjang . Sebab ini mungkin post terakhir tentang sekolah kita .
  Jadi langkah berjaga - jaga perlu diambil  : 

# Tarik nafas dalam - dalam
# duduk dalam posisi yang selesa 
# sedia kan tisu . Mungkin .
# Baca dengan penuh kesabaran . Mungkin ada hikmah nya .
Maaf dipinta jika penulisan ini tidak menepati cita rasa anda .
Enjoy :)



Tinggal satu bandar lagi perlu ditakluk . Bandar terakhir . Setelah sepuluh bandar berjaya ditakluk .
  29 Muharram 1435 hijrah , Hari itu merupakan hari bersejarah bagi kami Tentera - Tentera Janissari XII . Setelah beberapa hari direhatkan untuk membuat persediaan dari segi fizikal seperti membuat latihan menembak , latihan kecergasan badan dan meningkatkan stamina , dan persediaan mental seperti merapatkan hubungan dengan Yang Maha Esa  dan mengatur strategi  untuk menakluk bandar terakhir  , kini  detik nya telah tiba .

Hati gementar . Perasaan bercampur . Walau apa jua keadaan , perlu terus maju .
Kaki melangkah ke medan perang yang terakhir . Hati ini tidak putus berdoa .


Siren kecemasan dibunyikan . Membawa maksud semua Tentera Janissari XII perlu berundur dari bandar . Tidak kira walau apa keadaan nya . Berat hati ini unutk meninggalkan nya . Peperangan terakhir tahun ini telah berakhir . Setibanya di garisan sempadan bandar . Jelas kelihatan riak wajah gembira di muka semua tentera yang lain . Mungkin dek kerana pesta yang akan diadakan beberapa jam lagi .

Tapi ,
 sebelum berangkat nya ke pesta . HQ tentera lelaki digempur oleh Liutenant General Madam Zawiyah  . Menyatakan perasaan tidak puas hati terhadapt HQ tentera lelaki  yang tidak kemas . Dan menyuruh kami membersihkan nya . Penat .  Sabar . Mungkin ada hikmah . 
Membuatkan sebahagian tentera  berasa " down " . Tetapi pesta pada malam itu tetap berjalan dengan  meriah .









Perasaan diri ini ?  Tidak terungkap  . Gembira dan sedih . Gembira kerana telah berjaya menakluk semua sebelas bandar walaupun tidak tahu apakah bandar yang ditakluk akan menjadi bandar yang agung atau bandar yang  kecundang . Kita telah berusaha . Kita  serah kan hal ini kepada Yang Maha Esa . Sedih apabila mengetahui suntuk nya waktu yang tinggal  untuk bersama mereka . Sahabat .


Di sini lah aku dibentuk dengan tarbiyah yang super cool yang dapat  menggetarkan jiwa yang kosong ini . Terima kasih . Aku belajar memantapkan iman  , mendisplinkan  diri , memberi dan menerima nasihat .
Semua nya dengan ada nya sahabat  di sisi  .

 Rindu .
Rindu kawan . Rindu suasana . Rindu nak solat dengan imam - imam besar . Rindu masakan DM yang sangat stylo . Rindu nak buat halaqah besar - besar , then gelak ramai - ramai . Rindu nak orang betul kan kesalahan  diri ini , yang hakikat nya orang lain je boleh nilai .  Rindu ukhwah .


Aku tahu .
Aku bukanlah sesiapa bagi mereka . Dan tidaklah gila - gila seperti mereka . Tapi aku terhibur dengan kegilaan mereka . Kesungguhan , kekentalan hati , ketinggian akhlak  , kegembiraan . Aku banyak belajar benda - benda ni dan yang lain  daripada mereka .


Benda - benda ni .
Tak kira apa yang kita  dapat ketika kita  masih memegang gelaran budak sekolah , jangan dilupakan . Setiap benda yang kita pelajari , pasti akan diuji oleh Allah . Istiqamah dengan apa yang kita buat dulu . Kekal kan ilmu yang kita dah dapat . Kita belajar bukan kerana periksa . Kerana Allah .  Para sahabat dulu sanggup bermusafir semata - mata nak cari sepotong hadis . Kita ? semua depan mata . Fikirlah . Niat semua kerana Allah . Kalau kita kejar akhirat , In Shaa Allah dunia datang kepada kita .



" Ingatlah , kita bakal menempuh alam yang penuh dengan plankton "
credit to : King & Amirul Mukminin  Sambest .


Kenapa plankton ?
 Plankton benda yang kecil yang kita mungkin tak rasa kehadiran nya . Tapi planton membawa banyak impak yang besar dalam kehidupan .

Plankton ada di mana - mana . Dekat luar , ujian datang macam ribut taufan .
Ada satu cerita yang aku nak kongsi .  King dan Amirul Mukminin  Sambest  yang bagitahu .

Teacher Ikma .
Umum diketahui Teacher Ikma belajar dan  graduate dekat luar negara .
Time hari graduate , dalam ramai - ramai orang Islam yang ada yang nak graduate , Teacher Ikma orang pertama . Apabila nama Teacher  dipanggil , Teacher naik tangga , Teacher terfikir , nak salam ke tidak Mayor dekat atas tu . Kalau tak salam nanti orang cakap sombong , tapi , kalau salam , haram . Teacher confuse . Tapi Teacher ambil keputusan unutk tidak salam . Lega . Ingat dah tak ada pape dah , Teacher turun . Bila turun sangkaan Teacher silap . Ujian tak berakhir lagi . Dekat bawah , ada beberapa orang yang hulur tangan . Tapi disebabkan tindakan Teacher yang tak salam Mayor tadi , lelaki - lelaki tadi tarik tangan mereka balik . Teacher lega .

Waktu tu Teacher terfikir , kalau Teacher salam Mayor tadi , mesti Teacher kena salam dengan ramai lagi lelaki . See ?



Teacher cakap . Memang ramai yang boleh cakap akan buat ikut syariat . Tapi , apabila sampai hari yang diuji , dekat situ tunjuk sama ada kita benar - benar mengamalkan apa yang kita  pelajari .


Bila dilhat kembali gambar - gambar kita Dinner . Sedih rasa nya . Disajikan lagu " Semua tentang kita " sebagai halwa telinga yang boleh memecahkan empangan di mata dengan arus air mata yang sangat deras . Sedih . Menyesal kerana tidak menggunakan waktu yang tinggal untuk bergembira dengan mereka .
Berharap akan muncul satu masa kita dapat berkumpul dengan keadaan yang gembira .



Dan apabila langkah terakhir kita keluar ke sekola , maka ber - M U L A kehidupan yang sebenar . Kehidupan tanpa ada yang mengawasi . Hanya diri yang boleh menjga iman . Saat ini lah kita tahu betapa berkesan nya , betapa melekat nya hasil tarbiyah di bumi Bestari di hati kita .


Sudah tiba masa nya untuk kita mulakan satu hidup yang baru dengan mengambil pengajaran daripada cara kehidupan yang lama agar kita tidak mengulangi perkara yang sama . Salah dan silap harap dimaafkan .




King pernah cakap  :
" kalau nak kan pertemuan , jangan takutkan perpisahan "